Jumaat, 14 Disember 2007

Air tenang

Aku terlampau mahu untuk menyelam di air tenang
tapi arus deras membawa kekalutan
menghilangkan senyuman
mencipta kekerasan
memusnahkan kesenian
mengejutkan kemarahan
menghanyutkan keikhlasan

Syukur airnya masih jernih!

Sabtu, 1 Disember 2007

Bagaimana?

Bagaimana caranya untuk mengatur langkah tanpa tersadung kaki sesiapa?

Bagaimana untuk bertutur agar sedap didengar semua?

Bagaimana cara meluahkan pendapat yg boleh diterima pakai?

Bagaimana berbudi pada tempatnya?

Bagaimana memuji jika ada keperluannya?

Bagaimana menasihati dan diketahui keikhlasan kita?

Bagaimana hadir untuk disuka?

Bagaimana menumpang dalam dipelawa?

Bagaimana membeza antara suka dan paksa?

Bagaimana berdiri tanpa menghalang sesiapa?

Bagaimana duduk yg mendatangkan selesa?

Bagaimana memikul dan mendapat percaya?

Bagaimana beroleh kebaikan tanpa iri yg mengundang keburukan?

Bagaimana untuk setia tanpa dibayangi noda?

Bagaimana agar aku telus dan lutsinar?

Bagaimana untuk memuaskan diri dan semua sekaligus?

Bagaimana tersirat boleh dijadikan mudah seperti yg tersurat?


Batin kekanan zahir terkekiri
Kerap ketemu sebelum mati
tersalah baris huruf dipatri
pincanglah bunyi lainlah erti.

Selasa, 4 September 2007

Sempit.

Sempit!

Sesungguhnya sekarang ini aku di dalam kesempitan!

Sempit dengan waktu...

Syukur...

Walau sempit, masih punya ruang untuk ingat padaNya.

Ahad, 19 Ogos 2007

Takkanku berpaling

Dalam keasyikan memandu ditengah liku-liku jalanraya yg dah mula menyakitkan hati kat Penang ni, terdengar berkumandang lagu ' Takkanku berpaling' nyanyian Ustz Akhill Hayy dalam cassete player(tak mampu letak cd) kereta aku, kaset ni aku dubbing dari cd konsert Festival nasyid kat mana entah, kat Kelantan kot kalau tak salah la..

Bukannya apa, bila dihayati lirik lagu ni sekaligus hati aku pun turut sama-sama berdoa... mungkin sebab kemerduan suara Ustaz sendiri atau keindahan liriknya... atau mungkin kerna sekelumit Iman dalam jiwa hamba ini... mungkin...


Takkanku berpaling
Dari AgamaMu
Segala fitrah, Hadis dan Sunnah
Kupasrah dan bersujud

Hanya Kau yang satu
Tempat ku mengadu
Tiada daya serta upaya
Kumohon dariMu ya Allah

Oh Tuhan berikanlah hidayahMu
Oh Tuhan kubersyukur atas rahmatMu
Oh Tuhan limpahkan karuniaMu

Kuatkanlah Imanku
Luaskan fikiranku
Lapangkanlah hatiku

Ampunilah dosaku
Ya Allah ya Tuhanku
Engkau maha tahu...

Amin

Khamis, 2 Ogos 2007

Musang, Kucing dan Anjing Kuda.

Alkisah... pada suatu hari ada seekor musang dan seekor kucing sedang lepak-lepak dibawah pokok beringin. Si Musang dan Si kucing ni selalu lepak & borak-borak kat sini. Boleh dikatakan memang tempat diaorang la! Tapi walau didalam kebahagiaan juga keselesaan ini, perasaan risau lagi khuatir selalu membelenggu perasaan mereka. Apa yg mereka khuatirkan? Sebenarnya dikawasan itu juga tinggal seekor anjing kuda yg suka mengganggu ketenteraman awam, si musang dan si kucing juga tidak terlepas dari ancaman yang lagi mengkhuatirkan ini. Mereka selalu dikejar dan pernah juga cedera parah tahap kritikal dikerjakan oleh anjing kuda tersebut. Tapi sejak kebelakangan ini bukan rupa tapi kelibat anjing kuda pun tiada, lagi bertambah khuatir dan hairanlah si musang dan si kucing dibuatnya.

Dalam keadaan termenung tu Si Musang pun bertanya pada Si kucing "Yo! kucing, kalau Anjing kuda tu datang kejar kita apa kau nak buat?"

"Kalau kau pulak, kau nak buat apa?" tanaya Si Kucing balik.

Dengan wajah Otai Si Musang pun menjawab " Kalau aku? Aku akan panjat pokok! Atau aku sembunyi dalam semak depan tu! Atau aku pura-pura mati! Aku boleh biar Anjing kejar aku dan biar dia terlanggar pokok Baobab tu! Ha! kalau dia datang perlahan-lahan aku akan buat bunyi Harimau, pasti dia lari ketakutan! kalau dia datang laju aku meniarap ke tanah dan biar dia terlajak masuk sungai! hahaha!!"

"Kau pulak nak buat apa? aku tanya dari tadi tak jawab-jawab!" tanya Si musang pada Si kucing.

"Bila Anjing kuda tu datang aku cakar mata dia, lepas tu terus lari" jawab Si Kucing dengan selamba.

Dalam keasyikan mereka berborak, tiba-tiba! Muncul Anjing kuda entah dari mana, dengan rakusnya ia memulakan serangan terhadap Si musang dan Si kucing. Malangnya Si Musang tak dapat menggunakan teknik-teknik yg dirancangnya kerana terlampau konfius dan tak sempat memilih yg mana yg sesuai, akhirnya teruk Si Musang dibelasah oleh Anjing kuda. Setelah Si Musang selesai dibelasah Anjing kuda mula mengarahkan pandangannya pada Si Kucing. Si Kucing tetap dengan imej selambanya dan sikit pun tak berganjak. Apalagi Anjing kuda itu terus menyerang Si Kucing.

Tiba-tiba!

"KIIIIIIIING!!!" suara anjing bergema keseluruh hutan.

Mata anjing dicakar oleh Si Kucing, dan Si Kucing terus lari menyelamatkan diri. Tinggallah Si Musang yg cedera dan Anjing kuda melolong kesakitan.

Sekian.

Ahad, 29 Julai 2007

Cermin

Sebuah cermin pusaka disudut kamarku. Dulu cantik dan baru. Dengannya kumelihat wajahku, jelas dan ceria. Dengannya kumelukis anganku, tinggi tak terhingga. Tapi, terlanjurku memecahkannya. Bukan sengaja, tapi nafsuku yg beraja. Atau sememangnya diriku tak berguna. Kini kucuba memperbaikinya. Kukutip dan kulekatkan kembali semua serpihannya, namun kesan retakan masih jua nampak. Kutukarkan bingkai baru, masih jua tak dapatku lihat wajahku menjadi ceria disebalik retakannya. Mahu kutukar cermin yg baru, cermin pusaka tak boleh ditukar ganti.

Hari ini juga hingga akhir hariku, kukan terus akan menatap wajahku didalam kesan-kesan retakan dalam cermin pusaka disudut kamarku.

Jumaat, 20 Julai 2007

PAUSE

Bukan menghilang atau sengaja menyepi...

Boleh dikatakan aku sekarang ni sedang menekan butang PAUSE hanya sekadar untuk menghitung dosa-dosa.

Jumaat, 15 Jun 2007

Demi kepentingan!

Ktubah Jumaat seluruh Malaysia diselaraskan.

"Penyakit lain-lain jenis, takkan dengan telan Panadol saja boleh sembuh semuanya?"

Sabtu, 9 Jun 2007

SMS

Baru-baru ni aku menghantar SMS gurauan kepada seorang rakan sekerja yg bercuti ke Kelantan bagi menghadiri Mesyuarat Agong PAS, isi SMS yg aku hantar berbunyi begini;

Amacam? Dapat jawatan apa? Kalau dapat jawatan best-best lepas ni kalau pi mana-mana tentu ada orang yg mengescortkan!

Jawapan SMS rakan aku;

Tuan Guru Nik Aziz sendiripun tak pakai escort apatah lagi orang biasa macam aku ni.

Terkedu aku dibuatnya dengan isi SMS tu...

Jumaat, 1 Jun 2007

Aku bukak akaun bank!

Aku seluk saku sedekah kedalam tabung Masjid. Jawatankuasa masukkan dalam akaun Masjid yg pastinya untuk kegunaan Masjid. Kegunaan Masjid seperti penyenggelaraan dan program-program. Program seperti program wajib tahunan seperti gotong-royong buat bubur Asyura dll katanya. Tapi untuk program-program itu tabung lain pula dihulurkan. Untuk simpanan Masjid alasannya. Untuk ustaz-ustaz jemputan yg datang mengajar alasannya. Tapi tabung lain pula dihulurkan. Masih juga Sembahyang Waktu makmumnya satu saf saja. Tapi tiap Jumaat tabung lain pula dihulurkan. Untuk membantu org-org yg kurang mampu dalam mukim katanya. Tapi untuk menjayakan tabung lain pula dihulurkan. Untuk besarkan Masjid sebab bila Hari Raya makmum penuh kadang-kadang kena buat Sembahyang sunat 2 kali. Tapi bantuan dipohon pada kerajaan dan tabung lain juga dihulurkan. Untuk hal itu untuk hal ini. Tapi masih tabung lain dihulurkan. Kemana sedekah aku perginya? Ooo... dalam Akaun Bank Simpanan Masjid.

Lemah lagi rupanya...

Kerap-kali aku berdepan dengan kemungkaran.

Aku tidak mengubahnya dengan tangan...

Tidak dengan lidah...

Cuma dengan hati.

Cuma dengan selemah-lemah Iman!

Rupa-rupanya Imanku masih lemah padaNya.

Jumaat, 25 Mei 2007

Bagaimana?

Bagaimana rasanya kalau anda dapat melihat sesuatu yg orang lain tak boleh?

Maksud saya bagaimana kalau anda boleh melihat HANTU?

Bukan sekali-sekala...

Bukan kadang-kadang...

Bukan jarang-jarang...

Sebaliknya kerap-kali! Maksud saya kerap sangat!

Bagaimana kalau anda menyedari bahawa anda mampu melihat disebalik tabir dunia mereka?

Wajah dan sifat mereka?

Ada yg mahu bersahabat dan ada juga yg sebaliknya!

Atas satu tujuan! Yg pastinya mahu menyesatkan!

Bagaimana?

Isnin, 21 Mei 2007

Kelkatu

Kali ni aku nak berpuisi pulak!

Korang baca dan kalau ada yg kurang buat bodoh jer...


Kelkatu

Kelkatu laju
terang cahaya
panas nahas
lilin nafsu

Mati Kelkatu
dibakar cahaya
panas nahas
lilin nafsu

Dulu kau mati dimulut pemangsa
tapi kini dalam cahaya lagha

Kelkatu laju
awas cahaya
sesungguhnya ia
pembakar nyawa

Sabtu, 19 Mei 2007

Melalui detik itu...

Pagi ni aku teringat Allahyarham bapa aku... walaupun hari2 lain aku ingatkan dia, tapi pagi ni ingatan aku kuat dari kekuatan biasa, seakan-akan mengimbau kembali saat-saat dia meninggalkan aku.

Masa kat hospital dalam bilik kecemasan aku saja yg masuk jumpa doktor untuk pastikan keadaan dia, sebelum ni dia tak pernah sakit teruk tambahan sakit yg datang benar-benar secara mengejut. Dia mengadu sakit kepala lepas tu terus tak sedarkan diri. Aku berdiri depan doktor menunggu jawapan yg entah mengapa aku dah dapat agak, mungkin naluri seorang anak. Bapa aku takkan bertahan lama, dia akan pergi bila-bila masa dari jam ini. Kaki aku sudah tak dapat menahan aku untuk berdiri... hati aku sakit ibarat dicengkam kuat... Allah saja yg memberi kekuatan...

Aku melihat bapa menghembuskan nafasnya yg terakhir... benar-benar aku melihat dengan dua bola mataku yg bergenang... benar-benar rasa kesedihan menyergah kehatiku... benar-benar aku merasai kehilangannya.

Benar-benar aku melaluinya...

Melalui detik yg paling aku takuti sejak dari kecil.

Jumaat, 18 Mei 2007

Biodata Artis?

Masuk je kerja pagi ni aku di'tegezoot'kan dengan satu soalan dari sorang rakan.

"Nak tengok tak biodata artis?"

Biodata artis? Cam best je... jom kita baca sama-sama!


Nama: Iblis Laknatullah

Tempat: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status: Fasik Kelas Pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati yg lalai

Tempat tinggal di akhirat: Neraka Jahanam

Kawasan legarnya: Setiap tempat yg di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanannya: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri di dunia: Setiap wanita yg tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan Suaminya

Kaum kerabat: Semua golongan yg menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan: Angan-angan kosong

Tempat pertemuan: Pasar dan Pusat membeli-belah

Musuh ketat: Orang Islam yg beriman dan bertaqwa

Kegemaran: Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan

Matlamat: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke Neraka Jahanam

Kelemahan: Bila orang membaca istighfar

Lambang: Sebarang Tatu

Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan Munafik serta Syaitan dari kalangan Jin dan Manusia

Sumber: Segala harta yg diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Yang ditakuti: Orang Mukmin yg beriman dan bertaqwa kepada Allah

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari kiamat



rupa-rupanya satu salinan Biodata Iblis yg diedarkan, dibawah sekali tertulis;

Disediakan oleh Ustaz Mohd. Khalid Bin Jaafar.

Selasa, 15 Mei 2007

Cerita-ceriti...

Cerita ni berlaku masa zaman jahiliah la katakan, taklah teruk sangat cuma masa tu aku bercampur dengan orang-orang yg menggelarkan diri mereka seniman. Diaorang ni kerja kat hotel sebagai artis (buat styrofoam sculpture, ice carving, fruit carving etc).

Aku pun buat kerja yg sama untuk cari makan pada masa tu, juga sampai sekarang(tapi dah lama tak jumpa diaorang). Tapi bukan itu yg aku nak cerita tapi cerita ni, cerita yg aku masih ingat dan seringkali membuat aku ketawa juga sakit hati dengan kejahilan kawan-kawan aku dan juga aku pada masa tu kerana berdiam diri...

waktu: 2am atau 3am lebih kurang dalam bulan Ramadhan.

tempat: disebuah kedai makanan yg menjual minuman keras ditepi pantai area batu feringghi.

yg ada masa tu: aku, H, Z, A dan M.

Meja kami dipenuhi dengan botol-botol arak cap Guinness stout, kecuali aku yg hanya minum teh tarik je(bukan nak bangga tapi memang aku bangga sebab aku tak pernah sentuh benda haram tu seumur hidup aku) semua agak mabuk masa tu, bersembang, merepek macam-macam cerita.

Dalam keasyikan merepek tu... timbul cerita bab-bab agama dan ketuhanan. Masing-masing dengan hujah-hujah yg hebat dan sesiapa saja yg dengar mesti tak sangka ia datang dari mulut orang yg sedang buat dosa besar! Aku hanya diam dan mendengar... dengar dan terus dengar...

hingga sampai pada ucapan H kepada semua.

"Walaupun sekarang ni kita minum, tapi kita ibarat berzikir" kata H dengan wajah yg bangga.

Lepas pada malam tu selang berapa hari, mujur aku tak join! kalau tak dengan aku-aku sekali sangkut.

H dan Z kena cekup dengan orang pejabat Agama Islam sebab mabuk sampai lepas waktu sahur. Keluar Surat Khabar Metro muka depan siap ada gambar tapi sensored kat mata dengan tajuk;

"Dah la tak puasa, mabuk pulak!".

Jumaat, 11 Mei 2007

Takdir.

Selalu orang cakap itu dah tertulis.

Sabar.

Redha.

Tapi...

Pernah tak kita berdoa agar takdir kita menjadi takdir yg terbaik untuk kita?

Pernah? Kalau pernah berapa kuat keyakinan kita?

Yakin?

Sejauh mana kita yakin?

Sejauh mana kita yakin bahawa doa kita kepada Allah SWT akan mengubah takdir kita menjadi takdir yg terbaik untuk kita?

Yakin, berusaha, bersabar dan tawakkal dengan sesungguhnya kepada Allah dalam setiap doa yg kita panjatkan. Berusahalah dan berlumbalah mencari kasih Allah.

Kerana sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui apa yg terbaik untuk kita...

Rabu, 9 Mei 2007

Soalan dari Bapa Teater Pulau Pinang.

Semalam bila sampai je di Pejabat Kebudayaan untuk praktis, aku dikejutkan oleh seorang Bapa Teater Pulau Pinang dgn 2 soalan. Soalan pertama tu aku tak nak cerita la sebab tak penting sangat! Yang aku nak cerita ni tentang soalan yg kedua yg ditanya oleh Bapa Teater Pulau Pinang kepada aku.

Soalannya berbunyi begini; "Bolehkah dua buah Produksi Teater dipentaskan dalam masa satu hari dengan menggunakan Auditorium P.Ramlee sahaja?"

Terkejut jugak aku dengar soalan tu, rupa2nya soalan yg datang ni berpunca dari Pengarah baru yg mencadangkan supaya Festival Teater Penang dijalankan satu hari dua show, dengan alasan banyak sangat kumpulan bertanding. Kononnya buat 2 show 1 hari boleh habis cepat atau dengan kata lain 'Maha Penjimat'.

Aku mula rasa loya dan meluat!

Kalau nak jimat, tak payah buat Festival!

Tujuan Festival ialah membuka peluang dan menggalakkan pergerakan teater dalam sesebuah negeri atau negara. Sepatutnya Pejabat harus rasa bersyukur dan bangga dengan sambutan yg diberikan, 15 kumpulan yg bertanding ni patut ditatang bagai minyak yg penuh bukan macam peminta sedekah. Baik tutup je Pejabat Kebudayaan kalau tak faham apa fungsi dan peranan korang dalam kerajaan juga masyarakat.

15 kumpulan yg bertanding ini bukan semuanya setanding dalam ilmu mau pengalaman, bagi yg ada kedua-dua tu okay! Tapi bagi yg baru nak berjinak-jinak?

Takut-takut 15 penyertaan yg Gah ini, sebahagian besar akan menjadi titik mula dan titik akhir bagi mereka.

Selasa, 8 Mei 2007

Tips dari aku.

Tips-tips nak kejutkan aku dari tidur dengan betul. diantaranya;

1) Panggil je nama aku kuat-kuat, tapi jangan tahap jerit! aku bukan pekak.

2) Gunakan tangan(bukan kaki) anda dan sentuh ibu jari kaki(tak kisah kanan atau kiri).

3) Gunakan tangan(bukan kaki) anda dan sentuh bahu(tak kisah kanan atau kiri).

tiga cara je, dan disini juga aku senaraikan contoh cara-cara yg SALAH untuk mengejutkan aku dari tidur. Contoh-contohnya;

1) goyang lutut aku kuat-kuat.

2) lutut aku digoyang kuat-kuat.

3) kekuatan goyangan ditumpukan dilutut aku.

4) kuatnya lutut aku kena goyang.

5) kedua-dua belah tangan pegang lutut aku dan digoyangkan sekuat hati.

6) lutut yg kuat digoyang.

7) goyangan lutut tahap dewa.

8) oh, lutut! oh, goyang!

9) diantara tangan dan lutut mesti ada goyang.

10) goyang aku lutut di goyang.

cukuplah 10 tips cara SALAH mengejutkan aku disenaraikan disini.

SELAMAT BERAMAL...

Rabu, 25 April 2007

Soalan asas.

Sambil melakukan tugas seharian sebagai orang yg makan gaji, selalu jugak aku mengelamun dan kadang persoalan demi persoalan datang berdiri didepan kepala aku. Berdiri saja aku tak kisah sangat, tapi main tolak-tolak pulak! ini sudah lebih!!! bila sudah lebih mulalah aku nak bangun dan bersuara sikit, sikit je...

Hari ni atau sekarang ni, kalau kita pergi mana-mana... tak kisahlah shopping complex ke, taman rekreasi ke, mana-mana la yg ramai org! cuba tahan sorang yg rasa-rasa Muslim dan soal mereka dengan satu soalan asas dan mudah.

"Apa itu AKIDAH?"

Ahad, 22 April 2007

Cinta & aku...

Mengapa tubuhku mesti bergoncang
bila kusebutkan namamu
sedangkan kau diciptakan bukanlah untukku

kupasti

tapi ku tak mahu peduli
cinta bukan mesti bersatu
biarku cumbui bayangmu
dan kusandarkan harapanku

Ini sebahagian lirik lagu nyanyian EBIET G. ADE bukan puisi ciptaan aku, tak main la nak ciplak harta org. Tajuk lagu pun aku terlupa, mungkin sebab terlalu asyik dengan bait2 lirik atau mesej yg nak diceritakan. Kisah cinta yg tak bersatu... boleh ke menyinta tapi tak memiliki?

Cinta? kadang2 rasa macam aku nak tanya saja pada semua orang yg aku jumpa, apa yg mereka paham tentang menyintai seseorang. Kalau tanya pada couple yg belum kawin dan masa tu diaorang tengah hangat la katakan, mesti jawapan mereka melampau sesangat! Sanggup la, Korban la dan bla bla bla la!

Bagi yg dah berumahtangga, apa menjadi suami yg bertanggungjawab itu cinta? menjadi isteri yg pandai masak itu cinta? hmmm??? Soalan tu pada orang dan semestinya jawapan akan berbeza2.

Apa pulak pandangan AKU tentang menyintai seseorang?

Sebenarnya aku setuju dengan lirik lagu diatas, cinta tak bersatu atau cinta yg bersatu bukan ukuran pada sebuah cinta. Kalau tak bersatu, si polan ni kawin dgn org lain atau bujang sampai tua habis cerita dan rasa cinta tu kekal hanya sekadar rasa. Kalau bersatu pulak, beranak-pinak, bercucu-bercicit dan rasa cinta tu tetap sekadar rasa sebab timbulnya tanggungjawab demi tanggungjawab sehingga manis bertukar jadi tawar dan kadang2 termasin haha!

Bagi aku, bila aku menyintai seseorang, aku mahu lihat org yg aku cintai itu beroleh BAHAGIA. Biar dgn aku atau dgn org lain, biar bersatu ataupun tidak. Biar cinta aku kepadanya menjadi sebuah doa yg mendoakan kebahagiannya. Maksudnya selagi ada rasa cinta itu dilubuk hati ini, selagi itu doa kebahagiaan akan terus ditujukan kepadanya(macam cerita Hisdustan la pulak, tapi ini suara hati aku).

Kadang2 ramai yg tak dapat membezakan rasa yg ada dihati mereka, apakah yg dirasa itu cinta atau nafsu?(untuk diri aku juga)

Sabtu, 21 April 2007

21 April 2007

21 April 2007 ykni hari ni, Bestfren aku kawin...

Dan 21 April 2007 ykni hari ni, ramai jugak yg menangis dlm Toilet...

Apa begini Endingnya kisah cinta 5 segi??(Pengarah Bollywood belum try lagi nih! rasa aku la)

Kepada yg tak bahagia atau terluka diharap bersabar dan bertawakallah.

Dan kepada yg beroleh kebahagiaan, jangan lupa Allah. Ingat Allah selalu, tak kira bila senang atau susah.

Selamat Pengantin Baru, semoga sejahtera hingga ke anak cucu.

Jumaat, 20 April 2007

Sedar ke?

Kenapa?

Kenapa si istri2 boleh tahan dgn perangai suaminya yg tak Solat? atau malas Solat? Atau yg sewaktu dgnnya. Kenapa si istri boleh tahan dgn perangai buruk suami, contoh: kaki botol, kaki ekor, kaki pakau, kaki ganja, kaki maki, kaki bola dan macam2 kaki lagi! kenapa?

Dan kenapa?

Istri2 tak boleh tahan kalau suami diorg 'Kaki Pompuan'? Buatla jahat apa pun, dioarg boleh tahan. tapi kalau nak cari satu lagi... MINTA MAAF BANYAK-BANYAK! Pantang tuk nenek tujuh keturunan biar jadi padang jarak padang merbuk, eh! Tekukur pun takpa! Si istri sanggup menentang habis-habisan. NO POLIGAMY!!! Kenapa?

Senarai jawapan-jawapan Favourite:

- Oo! Nak ikut Sunnah Nabi nak kahwin lebih? Kenapa yg lain tak ikut Sunnah??

- Kalau nak jugak saya rela... Tapi,(ada tapi) lepaskan saya bang! lepaskan saya!!

- Syoru pun dok miss! ada hati nak kawin lebih! Pigi daa!!!

- Abang kena ingat! selama ni ayang yg dok support keluarga ni masa abang susah dulu!

Dan macam2 lagi jawapan yg menunjukkan betapa bencinya org pompuan pada poligami. Aku bukan la menyokong org berpoligami dan sesekali pulak tidak aku menentang poligami. Yg aku nak cerita bukan hal sapa betul sapa salah, sapa yg berhak atau tak! Cuma niat aku nak memperbetulkan Akidah kita, tak kisah la laki atau pompuan itu sendiri... Kita tak boleh benci pada Poligami.

Bukan nak berktubah atau nak cakap pandai, tapi dalam tak sedar ramai yg TAK SEDAR dgn apa yg mereka tentang selama ni adalah hukum yg datang dari Al-Quran, dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah Hak(kebenaran) yg dtg dari Allah SWT Tuhan kita dan juga Tuhan Robbul Alamin. Drama2 TV skrg pun apa kurangnya, dgn crita pergolakan rumah tangga yg nak dibawanya. Nampak ok, tapi jelas tak ada langsung PEMIKIRAN ISLAM. Ada pun tunggu bulan Ramadhan, Maulidur Rasul dan beberapa lagi bulan atau hari sambutan Islam. Filem Indon 'Berbagi suami' pun sempat jugak main peranan.

Hukum Allah jgn dibenci, kalau membenci hukum Allah sama macam kita membenci Allah! Nauzubillah! Kita ambil satu perbandingan(walaupun tak sama) Mekanik kereta disuruh repair PC, alamat lingkup la PC kita! kerja dia repair kereta bukan repair PC. Disini kita dapat lihat bahawa Allah SWT yg menciptakan kita(manusia) dan hanya Allah yg tahu cara nak menguruskannya.

Kesimpulannya, jangan mengharamkan sesuatu yg dihalalkan Allah dan menghalalkan yg haram. Hati2 takut kita tak beserta dgn golongan yg berdiri diatas 'Siratulmustaqim'.

Rabu, 18 April 2007

Dah dekat sebulan jgk sepupu aku asyik call aku. Soalan yg sama, nak suruh aku main 'Tepak Sireh' (silat sambut pengantin) utk kenduri kahwin dia. Nak kata boleh, mmg sah aku tak boleh! belajar silat pun tak sampai kesitu. Nak cari org nak ganti pun satu hal jgk, nak cari kat mana? kalau ada pun luar dari Penang. Kenduri dia ni lain macam sikit, anak penghulu kampung katakan! siap joint venture dgn Tourism Penang. T.Y.T nak turun, pelancong pun ramai jgk.

Bila timbul hal camni mulalah timbul pulak persoalan lain dalam kepala otak yg hanya lulus SPM ni... Silat dah tak boleh di sinonimkan dgn org Melayu. Ye la! nak cari org utk main silat sambut pengantin pun susah, padahal zaman bapak-bapak kita dulu sapa-sapa pun boleh. Tolak saja ke tgh terus berpencak! Benda tu memang dah hidup dalam darah daging diaorg. Bersilat dah macam makan nasik je, kacang pagoda, ngan yin dan kacang cap tangan.

''Silat adalah Seni Bela Diri". Ungkapan yg digunakan dan anggapan org skrg lebih2 lagi org Melayu kita. Takkan setakat itu saja skop Silat dalam Budaya Melayu? Smpai ada yg takut nak belajar silat, bukan takut sakit tapi takut sesat yakni terpesong Akidah. Jadi aktiviti silat dah digantikan dengan aktiviti lain contohnya sukan la... bukan la sukan tak bagus, tapi yg mana yg datang dari kita? dari warisan kita? Kita tengok org Thailand, sukan diaorg main, muzik luar, tarian luar dan macam lagi dari luar diaorg main. Tapi cuba la korang saja-saja pi sepak org depa, kot-kot free saja makan siku'Ong Bak'. Orang kita? Buah Cowboy la jawabnya... kita ni org Amerika ka? Tolong la jgn lupa yg mana satu yg benar2 milik kita.

Silat Cekak Hanafi, Silat Cekak Malaysia, Silat Lincah, Silat Pusaka Gayong, Gayong Malaysia, Gayong Petani, Silat Abjad, Silat Sendeng dan macam lagi silat yg diajar secara besar-besaran dalam negara kita ni diklasifikasikan sebagai Seni Bela Diri setanding Karate, Taekwondo, Aikido, Judo, Kung-fu yg datang dari luar. Setanding ke? Silat Melayu bukan sekadar seni bela diri, silat Melayu adalah kehidupan Melayu itu sendiri.

Awal Silat mengenal Kawan...
Akhir Silat mengenal Tuhan...