Jumaat, 25 Mei 2007

Bagaimana?

Bagaimana rasanya kalau anda dapat melihat sesuatu yg orang lain tak boleh?

Maksud saya bagaimana kalau anda boleh melihat HANTU?

Bukan sekali-sekala...

Bukan kadang-kadang...

Bukan jarang-jarang...

Sebaliknya kerap-kali! Maksud saya kerap sangat!

Bagaimana kalau anda menyedari bahawa anda mampu melihat disebalik tabir dunia mereka?

Wajah dan sifat mereka?

Ada yg mahu bersahabat dan ada juga yg sebaliknya!

Atas satu tujuan! Yg pastinya mahu menyesatkan!

Bagaimana?

Isnin, 21 Mei 2007

Kelkatu

Kali ni aku nak berpuisi pulak!

Korang baca dan kalau ada yg kurang buat bodoh jer...


Kelkatu

Kelkatu laju
terang cahaya
panas nahas
lilin nafsu

Mati Kelkatu
dibakar cahaya
panas nahas
lilin nafsu

Dulu kau mati dimulut pemangsa
tapi kini dalam cahaya lagha

Kelkatu laju
awas cahaya
sesungguhnya ia
pembakar nyawa

Sabtu, 19 Mei 2007

Melalui detik itu...

Pagi ni aku teringat Allahyarham bapa aku... walaupun hari2 lain aku ingatkan dia, tapi pagi ni ingatan aku kuat dari kekuatan biasa, seakan-akan mengimbau kembali saat-saat dia meninggalkan aku.

Masa kat hospital dalam bilik kecemasan aku saja yg masuk jumpa doktor untuk pastikan keadaan dia, sebelum ni dia tak pernah sakit teruk tambahan sakit yg datang benar-benar secara mengejut. Dia mengadu sakit kepala lepas tu terus tak sedarkan diri. Aku berdiri depan doktor menunggu jawapan yg entah mengapa aku dah dapat agak, mungkin naluri seorang anak. Bapa aku takkan bertahan lama, dia akan pergi bila-bila masa dari jam ini. Kaki aku sudah tak dapat menahan aku untuk berdiri... hati aku sakit ibarat dicengkam kuat... Allah saja yg memberi kekuatan...

Aku melihat bapa menghembuskan nafasnya yg terakhir... benar-benar aku melihat dengan dua bola mataku yg bergenang... benar-benar rasa kesedihan menyergah kehatiku... benar-benar aku merasai kehilangannya.

Benar-benar aku melaluinya...

Melalui detik yg paling aku takuti sejak dari kecil.

Jumaat, 18 Mei 2007

Biodata Artis?

Masuk je kerja pagi ni aku di'tegezoot'kan dengan satu soalan dari sorang rakan.

"Nak tengok tak biodata artis?"

Biodata artis? Cam best je... jom kita baca sama-sama!


Nama: Iblis Laknatullah

Tempat: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status: Fasik Kelas Pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati yg lalai

Tempat tinggal di akhirat: Neraka Jahanam

Kawasan legarnya: Setiap tempat yg di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanannya: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri di dunia: Setiap wanita yg tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan Suaminya

Kaum kerabat: Semua golongan yg menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan: Angan-angan kosong

Tempat pertemuan: Pasar dan Pusat membeli-belah

Musuh ketat: Orang Islam yg beriman dan bertaqwa

Kegemaran: Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan

Matlamat: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke Neraka Jahanam

Kelemahan: Bila orang membaca istighfar

Lambang: Sebarang Tatu

Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan Munafik serta Syaitan dari kalangan Jin dan Manusia

Sumber: Segala harta yg diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Yang ditakuti: Orang Mukmin yg beriman dan bertaqwa kepada Allah

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari kiamat



rupa-rupanya satu salinan Biodata Iblis yg diedarkan, dibawah sekali tertulis;

Disediakan oleh Ustaz Mohd. Khalid Bin Jaafar.

Selasa, 15 Mei 2007

Cerita-ceriti...

Cerita ni berlaku masa zaman jahiliah la katakan, taklah teruk sangat cuma masa tu aku bercampur dengan orang-orang yg menggelarkan diri mereka seniman. Diaorang ni kerja kat hotel sebagai artis (buat styrofoam sculpture, ice carving, fruit carving etc).

Aku pun buat kerja yg sama untuk cari makan pada masa tu, juga sampai sekarang(tapi dah lama tak jumpa diaorang). Tapi bukan itu yg aku nak cerita tapi cerita ni, cerita yg aku masih ingat dan seringkali membuat aku ketawa juga sakit hati dengan kejahilan kawan-kawan aku dan juga aku pada masa tu kerana berdiam diri...

waktu: 2am atau 3am lebih kurang dalam bulan Ramadhan.

tempat: disebuah kedai makanan yg menjual minuman keras ditepi pantai area batu feringghi.

yg ada masa tu: aku, H, Z, A dan M.

Meja kami dipenuhi dengan botol-botol arak cap Guinness stout, kecuali aku yg hanya minum teh tarik je(bukan nak bangga tapi memang aku bangga sebab aku tak pernah sentuh benda haram tu seumur hidup aku) semua agak mabuk masa tu, bersembang, merepek macam-macam cerita.

Dalam keasyikan merepek tu... timbul cerita bab-bab agama dan ketuhanan. Masing-masing dengan hujah-hujah yg hebat dan sesiapa saja yg dengar mesti tak sangka ia datang dari mulut orang yg sedang buat dosa besar! Aku hanya diam dan mendengar... dengar dan terus dengar...

hingga sampai pada ucapan H kepada semua.

"Walaupun sekarang ni kita minum, tapi kita ibarat berzikir" kata H dengan wajah yg bangga.

Lepas pada malam tu selang berapa hari, mujur aku tak join! kalau tak dengan aku-aku sekali sangkut.

H dan Z kena cekup dengan orang pejabat Agama Islam sebab mabuk sampai lepas waktu sahur. Keluar Surat Khabar Metro muka depan siap ada gambar tapi sensored kat mata dengan tajuk;

"Dah la tak puasa, mabuk pulak!".

Jumaat, 11 Mei 2007

Takdir.

Selalu orang cakap itu dah tertulis.

Sabar.

Redha.

Tapi...

Pernah tak kita berdoa agar takdir kita menjadi takdir yg terbaik untuk kita?

Pernah? Kalau pernah berapa kuat keyakinan kita?

Yakin?

Sejauh mana kita yakin?

Sejauh mana kita yakin bahawa doa kita kepada Allah SWT akan mengubah takdir kita menjadi takdir yg terbaik untuk kita?

Yakin, berusaha, bersabar dan tawakkal dengan sesungguhnya kepada Allah dalam setiap doa yg kita panjatkan. Berusahalah dan berlumbalah mencari kasih Allah.

Kerana sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui apa yg terbaik untuk kita...

Rabu, 9 Mei 2007

Soalan dari Bapa Teater Pulau Pinang.

Semalam bila sampai je di Pejabat Kebudayaan untuk praktis, aku dikejutkan oleh seorang Bapa Teater Pulau Pinang dgn 2 soalan. Soalan pertama tu aku tak nak cerita la sebab tak penting sangat! Yang aku nak cerita ni tentang soalan yg kedua yg ditanya oleh Bapa Teater Pulau Pinang kepada aku.

Soalannya berbunyi begini; "Bolehkah dua buah Produksi Teater dipentaskan dalam masa satu hari dengan menggunakan Auditorium P.Ramlee sahaja?"

Terkejut jugak aku dengar soalan tu, rupa2nya soalan yg datang ni berpunca dari Pengarah baru yg mencadangkan supaya Festival Teater Penang dijalankan satu hari dua show, dengan alasan banyak sangat kumpulan bertanding. Kononnya buat 2 show 1 hari boleh habis cepat atau dengan kata lain 'Maha Penjimat'.

Aku mula rasa loya dan meluat!

Kalau nak jimat, tak payah buat Festival!

Tujuan Festival ialah membuka peluang dan menggalakkan pergerakan teater dalam sesebuah negeri atau negara. Sepatutnya Pejabat harus rasa bersyukur dan bangga dengan sambutan yg diberikan, 15 kumpulan yg bertanding ni patut ditatang bagai minyak yg penuh bukan macam peminta sedekah. Baik tutup je Pejabat Kebudayaan kalau tak faham apa fungsi dan peranan korang dalam kerajaan juga masyarakat.

15 kumpulan yg bertanding ini bukan semuanya setanding dalam ilmu mau pengalaman, bagi yg ada kedua-dua tu okay! Tapi bagi yg baru nak berjinak-jinak?

Takut-takut 15 penyertaan yg Gah ini, sebahagian besar akan menjadi titik mula dan titik akhir bagi mereka.

Selasa, 8 Mei 2007

Tips dari aku.

Tips-tips nak kejutkan aku dari tidur dengan betul. diantaranya;

1) Panggil je nama aku kuat-kuat, tapi jangan tahap jerit! aku bukan pekak.

2) Gunakan tangan(bukan kaki) anda dan sentuh ibu jari kaki(tak kisah kanan atau kiri).

3) Gunakan tangan(bukan kaki) anda dan sentuh bahu(tak kisah kanan atau kiri).

tiga cara je, dan disini juga aku senaraikan contoh cara-cara yg SALAH untuk mengejutkan aku dari tidur. Contoh-contohnya;

1) goyang lutut aku kuat-kuat.

2) lutut aku digoyang kuat-kuat.

3) kekuatan goyangan ditumpukan dilutut aku.

4) kuatnya lutut aku kena goyang.

5) kedua-dua belah tangan pegang lutut aku dan digoyangkan sekuat hati.

6) lutut yg kuat digoyang.

7) goyangan lutut tahap dewa.

8) oh, lutut! oh, goyang!

9) diantara tangan dan lutut mesti ada goyang.

10) goyang aku lutut di goyang.

cukuplah 10 tips cara SALAH mengejutkan aku disenaraikan disini.

SELAMAT BERAMAL...