Khamis, 4 Disember 2008

Sudah terbiasa

Dua org sahabat sedang naik motor balik dari kerja. Sorang nama A sorang nama B. Si A jadi pembonceng manakala si B jadi penunggang. Sampai di satu selekoh ada Roadblock, kemudian mereka pun ditahan oleh salah seorang pegawai Polis yg bertugas.

Polis: Minta tengok Lesen!

B: Ok!(sambil mengeluarkan lesen dari dompet)

Polis: Roadtax?

B: Ok!(sambil membuka seat motor dan kemudian membuka tutup minyak)

Polis: Kenapa awak buka tutup minyak ni?

B: Alamak! sori encik, saya dah terbiasa bila buka seat tangan mesti automatik buka tutup minyak!

Polis: Kau ingat aku Bangla kedai minyak ka?

B: Tak! mana ada Encik!

A:(hanya tersengih)

Jumaat, 31 Oktober 2008

Hmm...

Senarionya:
Seorang suami yg sedang memarahi isterinya.

Dialognya:
"Sayang! Mulai hari ni, abg tak nak sayang tolak kepala abang!!!"

Kesimpulannya:
Kalian simpullah sendiri...

Selasa, 14 Oktober 2008

Hidup merentas waktu.


Kepada Guru-Guru Silat yg masih mengajar...
Dengan keikhlasan.
Lebih-lebih lagi yg tak pernah mengharapkan sebarang bayaran.
Yg tak pernah mengira keringat yg jatuh dan masa yg dikorbankan.
Yg tak pernah jemu-jemu mengharapkan kesejahteraan anak bangsanya.


Mereka-mereka inilah,

Saki-baki pejuang bangsa yg masih 'hidup merentas waktu'.

Wahai anak-anak Melayu!

Apalagi wahai anak-anak Melayu??

Selasa, 7 Oktober 2008

Payah kira lagu ni!


Cantik dan Sedap

Itu hak masing-masing

Tak payah gaduh-gaduh...

Kalau gaduh jugak?!

Hmmp...

Sah bangang!

Ahad, 5 Oktober 2008

Akhirnya.


Dulu,
sebut 'petunjuk' dan 'rahmat'
hanya mainan hujung lidah
macam lembu mengunyah rumput
memainkan lidahnya tanpa henti-henti

Nanar sasar

Subhanallahiwabihamdih!

Jernih yang mencuci mata... aku faham

Akhirnya.

Jumaat, 26 September 2008

Ter...

Ooo Mak hang cakap!

Ooo Bapak hang cakap!

Mak Hang?

Bapak Hang?

Hang?

Hang...?

Heh!

Rabu, 24 September 2008

Sabtu, 20 September 2008

Aku & Tahu

Aku bosan dengan "anak Melayu''.

Kenapa?

Kerana mereka tak tahu dan tak ingin ambil tahu

Aku bosan dengan "Islam baka"

Kenapa?

Kerana mereka tak tahu dan tak ingin ambil tahu.

Aku bosan dengan "aku"

Kenapa?

Kerana sibuk-sibuk nak mereka tahu dan suka bila mereka mahu ambil tahu.

Padahal aku pun tak tahu sejauh mana yang aku tahu...

Rabu, 17 September 2008

Gelanggang Tuk Wali- 0.2



Tarikh: 14,15 & 16 November 2008
Tempat: Auditorium P. Ramlee, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang
Masa: 8.30 malam

Sabtu, 13 September 2008

Makian yang berjenama.

Dihadapan sebuah Kelab Malam.

Dua orang pemuda Melayu yg mabuk sedang bertengkar sesama sendiri.

Trajedi cemuh-mencemuhi, maki-memaki, hamput-menghamputi pun berlangsung dgn rancaknya.

Dalam banyak2 kata kesat yg kedengaran, ayat ni paling aku tak boleh lupa...

"Mak hang minum Carlsberg kencing keluaq Stout!"

Rabu, 10 September 2008

Suara serak.

Kami yang Heuristik
mana mungkin diubah menjadi Sistematik

Kalaulah aku boleh beritahu pada orang yg bertugas itu...

Khamis, 21 Ogos 2008

Fatrah

Fatrah ke arah Sunnah pasti lurus

Fatrah ke arah Bida'ah pasti sesat

Tepuk dada, bukan untuk tanya selera

Tapi tanya ke mana arahnya Fatrah kita?

Isnin, 18 Ogos 2008

Gelanggang Tuk Wali-In The Making 0.1

Fuh!!!

Penat!

Tapi puas dan memang lepas gian!

Semalam kami dah mula masuk gerak silat dalam latihan.

Li Bomba, Shuk & aku berentap.

Abg Hamid(Tuk Wali) berentap parang panjang dgn Kulo(Siak).

Sarah(Mak Umi) mutu lakunan dia dok mai dah!

Pak Anjang(Imam) maintain.

Yg lain2 kena kerja lebih lagi...

Apapun menyatukan yg baru dan yg lama memang satu pengalaman yg luarbiasa dan diharap keluarbiasaan ini dapat aku kekalkan utk dibawa kepentas kelak.

Khamis, 14 Ogos 2008

Dari lipatan wahyu

Jalut, Thalut, Tabut dan Daud

Hebatnya sebuah kisah yg dirakam

Tapi...

Berapa banyak yg tahu untuk menceritakan

Betapa RELEVENnya buat kita diakhir zaman.

Isnin, 11 Ogos 2008

Niat

Sebelum ni aku ada berniat nak SLOW berTEATER...

Terus aku diterjah dengan keFASTesan projek2 TEATER yg baru.

Aku salah lafaz niat ke?

SLOW ke FAST?

FAST ke SLOW?

Atau lafaz SLOW niat FAST?

Yg nyata tempat niat dihati bukan dilidah

Dan yg paling nyata niat aku hanya Allah yg tahu.

Sabtu, 5 Julai 2008

Gelanggang Tuk Wali- Intro


Teater 'Gelanggang Tuk Wali' karya Ismail Kasan.

Projek terbaru aku yg bakal dipentaskan pada pertengahan bulan 11 ni... Julung2 kalinya aku nak berlapang dada juga masa utk buat pementasan macam ni(selalunya utk masuk festival saja yg aku mengarah).Walau ada lebih kurang 4 bulan lagi, tapi aku dan Team Produksi dah mula dok praktis(slow and steady). Terus terang memang tercabar jugak la!

PERTAMA semua barisan pelakun bukan dari AHLI2(Resdong's) yg biasa aku bekerja sebelum ni.. Depa2 ni aku jemput atas nama 'Perjuangan Seni' dan atas nama 'Ilmu'. Paling ketara yg dapat aku kesan semua tak kedekut dan terbuka, baik yg lama mahupun yg baru. Manakala Ahli2 Resdong's semuanya terlibat dibelakang tabir, saja nak tambah ilmu dalam aspek2 teknikal lagi.

KEDUA bab silat.. aku(pesilat cap ayam) terpaksa adakan kelas tambahan(asas silat) utk memantapkan lagi penghayatan karektor pelakun2 dan keyakinan penonton kelak ketika pementasan, lebih2 lagi pendukung watak utama, watak Tuk Wali sendiri.

HAL2 LAIN setakat ni tak dak apa kot! Nanti aku story lagi perkembangan2 terkini. Sekarang ni aku tinggalkan anda semua dengan serba-sedikit Sinopsis cerita ni...


Wak Raja Waliudin Bin Raja Agus Salam(Tuk Wali) ialah puing2 peninggalan zaman lampau dunia persilatan.

Tuk Wali meneruskan kecintaannya terhadap silat berbekal semangat zaman lampau dan sisa kekuatan yang masih menempeli jasad dan jiwanya.

Perubahan nilai dalam kehidupan moden ini membunuh sedikit demi sedikit semangat dan menghakis kekuatan yang menempel itu.

Tuk Wali dihampakan oleh situasi dan suasana sekitar yang tiba2 menjadi ganas.

Perjuangan Tuk Wali dalam gelanggang luas sudah lama selesai.

Kini, dia sebenarnya sedang berjuang dengan ganas dalam gelanggang sempit dirinya sendiri.

Perjuangan itu terlalu sengit dan kejam.

Tuk Wali tumpas ditengah pertarungan.

Dia gagal untuk melawan perasaan dalam dirinya yang selama ini mampu dikuasai dengan baik.

Tuk Wali ditumpaskan oleh kekuatan dalam dirinya sendiri.

Apakah Silat Melayu akan senasib dengan Tuk Wali?

Apakah orang Melayu masih tebal dengan prasangka buruk sesama sendiri?

Apakah rasa dendam masih merajai hati kita dan generasi seterusnya?

Apakah nilai murni ini berubah apabila berada ditempat yang berbeza?
Apakah semua merasai dalam naluri itu akan terus menghantui hingga kita lupa dan alpa kepada musuh kita yang sebenarnya?
Siapakah dia musuh sebenar dalam Gelanggang Tuk Wali?

Khamis, 5 Jun 2008

Hidup!!!

Up up and the way!

No turun!

Jangan kata apa-apa
tutup mata
pekak telinga
otak kosong saja

Kalau kata apa-apa
buka mata
pasang telinga
otak eureka

Silap haribulan!
Ikut mati macam Jebat derhaka!
Itu kata depa la

Fikir-fikir balik...
Biar mati
dari jadi Zombie Kampung Pisang
dan Zombie Kilang Biskut

Hidup Pi mai pi mai tang tu!!!

Selasa, 3 Jun 2008

Tak tau nak letak tajuk

Marigold

minuman campuran epal kiwi, diperkaya dengan vitamin c
tanpa pengawet.

air kotak rm1 yg menghilangkan dahaga
dan sekaligus menghilangkan kebuntuan idea entri kali ni!

Selasa, 27 Mei 2008

InsyaAllah


Agak lama tanah ini semak
Sudah tumbuh lalang hingga segala keliaran hutan
Mulanya semak dah jadi belukar

Sumpah! Baru-baru ni, aku ternampak percikan api
Ditengah perut hutan belukar liar ini

InsyaAllah, seluruh hutan belukar liar akan terbakar semuanya
Dan... kembali menjadi lapang

Khamis, 22 Mei 2008

Selamat

Disebalik kepayahan pasti ada kesenangan

Dan disebalik kepayahan pasti ada kesenangan

Cuma berusaha dan berserah diri...

Selasa, 29 April 2008

Kembali kepada sifar

Ia bukan lagi ruangnya

Seakan berbangsat

Macam ada dinding

Dunia lain barangkali

Kadang-kadang seperti dikelilingi oleh musuh

Atau hanya aku yg songsang

Mungkin hanya aku

Ya! hanya aku

Ya..




Habis kikis

Cintaku hilang terbang ke arahMu jua.

Isnin, 21 April 2008

Aku sedang menjerit.

Kenapa sukar untuk membezakan?

Kemahuan hati dan Kepentingan?

Kenapa mesti dilakukan dengan jalan yg bukan lurus?

Mungkin aku tidak tergolong disitu...

Rabu, 19 Mac 2008

Dalam senyum yang tenang.

Helang pada Matanya,

Mawas pada Lincahnya,

Harimau pada Nalurinya

dan Naga pada Misteriusnya.


Zat!!!

Isnin, 17 Mac 2008

Entah...

Lemah - Bertenaga - Letih - Mati.

Mungkin aku dah Letih skrg ini...

Sabtu, 8 Mac 2008

Bila mata yg yakin...

Antara...

kesibukan tugas harian

mimpi indah masa depan

dan kesempatan duduk diatas sejadah menghitung biji tasbih.

Selasa, 5 Februari 2008

Pembawa


Keras kuat!


Lembut lemah!


Kalau dicampur liat jadinya


Ditambah tapak seni berjiwa


Mata tenang celiknya hati


Berpijak dibumi nur dilangit


Lidah ditongkat


Hati diangkat


Mengharap berkat


Moga selamat.






Selasa, 15 Januari 2008

Rabu, 2 Januari 2008

Helang.

Terbang Helang!
Terbang tinggi-tinggi!
Biar sampai bersatu dengan awan!



Renung Helang!
Renung tajam-tajam!
Biar sampai kenal jantan betina!



Sayang Helang!
Sayang seribu kali!
Biar sampai mimpi dan mimpi!