Selasa, 15 Mei 2007

Cerita-ceriti...

Cerita ni berlaku masa zaman jahiliah la katakan, taklah teruk sangat cuma masa tu aku bercampur dengan orang-orang yg menggelarkan diri mereka seniman. Diaorang ni kerja kat hotel sebagai artis (buat styrofoam sculpture, ice carving, fruit carving etc).

Aku pun buat kerja yg sama untuk cari makan pada masa tu, juga sampai sekarang(tapi dah lama tak jumpa diaorang). Tapi bukan itu yg aku nak cerita tapi cerita ni, cerita yg aku masih ingat dan seringkali membuat aku ketawa juga sakit hati dengan kejahilan kawan-kawan aku dan juga aku pada masa tu kerana berdiam diri...

waktu: 2am atau 3am lebih kurang dalam bulan Ramadhan.

tempat: disebuah kedai makanan yg menjual minuman keras ditepi pantai area batu feringghi.

yg ada masa tu: aku, H, Z, A dan M.

Meja kami dipenuhi dengan botol-botol arak cap Guinness stout, kecuali aku yg hanya minum teh tarik je(bukan nak bangga tapi memang aku bangga sebab aku tak pernah sentuh benda haram tu seumur hidup aku) semua agak mabuk masa tu, bersembang, merepek macam-macam cerita.

Dalam keasyikan merepek tu... timbul cerita bab-bab agama dan ketuhanan. Masing-masing dengan hujah-hujah yg hebat dan sesiapa saja yg dengar mesti tak sangka ia datang dari mulut orang yg sedang buat dosa besar! Aku hanya diam dan mendengar... dengar dan terus dengar...

hingga sampai pada ucapan H kepada semua.

"Walaupun sekarang ni kita minum, tapi kita ibarat berzikir" kata H dengan wajah yg bangga.

Lepas pada malam tu selang berapa hari, mujur aku tak join! kalau tak dengan aku-aku sekali sangkut.

H dan Z kena cekup dengan orang pejabat Agama Islam sebab mabuk sampai lepas waktu sahur. Keluar Surat Khabar Metro muka depan siap ada gambar tapi sensored kat mata dengan tajuk;

"Dah la tak puasa, mabuk pulak!".

18 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Aku takat minum nira nipah saja.

Tak mabuk.....

Walau ada 2 3 orang kawan aku yang mabuk.

Mak Su berkata...

ish ish ish, sepatutnyer dorang tu dibiarkan mabuk cinta... lebih baik mabuk cinta dari mabuk tah hapa hapa, glamer tak kena tempat. mabuk cinta pada NYA

jinggo berkata...

dunia-dunia.........
sanggup kah mereka............

pjoe berkata...

"Walaupun sekarang ni kita minum, tapi kita ibarat berzikir"

tu tak tahan tu!
Maybe nak jadi islam liberal kot. Alang-alang jadi hedonis katakan.
hahhaa.

Bunga Rampai berkata...

Moga-moga dah sedar dan bertaubat.

sky juice pun sedap juga :)

Salam.

artisticklytouch berkata...

minum stout pun mabuk ke? ha ha

Butaseni@Wan Raja berkata...

hahaha ya ya aku ingat crita tu...
pernah aku terbaca ,tak sangka tu kawan-kawan hang hahahaha.
nasib baik kawan aku ni kaki mabuk teh tarik jee..

jinggo berkata...

lawatilah aku............
aku yang sememangnya aku........

jinggo berkata...

masuk la pintu tak berkunci..........tak payah ketuk pon........
pasai hang bapak............

Butaseni@Wan Raja berkata...

wei....
jinggo dah ada blog huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

"dahlah tak puasa, mabuk pulak!"
ahahaha!

tegezoot berkata...

pegawaikhalwat-perli aku lagi la tu!

mak su- thanks sebab sudi berkunjung ke blog saya! mabuk cinta padaNYA? itulah yg kekal...

jinggo-sanggup tak sanggup muka dah keluar suratkhabar!

nezjoe- Itulah kawan2 yg pernah aku kenal pada suatu ketika dulu...

bungarampai- Baru ni nampak salah sorang dah dekat2kan diri ke masjid dah! Syukur Alhamdulillah hidayah sampai jugak kepada dia.

artisticklytouch- mananya tak mabuk! berbotol-botol naik penuh meja bulat tu! Ung Ge Le Kei Nan Lazei Guinness Stout! Good for you! (iklan minuman keras tamil dulu2 sebelum diharamkan)

butaseni- gejala mabuk teh tarik sambil mengumpat masih aku ceburi dengan jayanya sampai sekarang!

jinggo- aku pasti akan sergah!

Kamarul- Muka depan tu!

crunchyahcock berkata...

nasib baik aku x dak!!!!
jinggo dah ada blog???? huh??
jinggo reti ka menaip?

jinggo berkata...

alo crunchy....
aku tak berapa tau menaip....
tapi aku bukan pemburu cinta wanita.....

crunchyahcock berkata...

wei jinggo... mau gaduh ka??!!!

jinggo berkata...

matang la sikit wahai crunchyahcock......
sikit pon cukup tak yah banyak....

tegezoot berkata...

crunchyahcock & jinggo- ini gelanggang komen bukan gelanggang tomoi atau gusti lengan.

crunchyahcock berkata...

jinggo dah marah kat aku la ....sob! sob!