Sabtu, 19 Mei 2007

Melalui detik itu...

Pagi ni aku teringat Allahyarham bapa aku... walaupun hari2 lain aku ingatkan dia, tapi pagi ni ingatan aku kuat dari kekuatan biasa, seakan-akan mengimbau kembali saat-saat dia meninggalkan aku.

Masa kat hospital dalam bilik kecemasan aku saja yg masuk jumpa doktor untuk pastikan keadaan dia, sebelum ni dia tak pernah sakit teruk tambahan sakit yg datang benar-benar secara mengejut. Dia mengadu sakit kepala lepas tu terus tak sedarkan diri. Aku berdiri depan doktor menunggu jawapan yg entah mengapa aku dah dapat agak, mungkin naluri seorang anak. Bapa aku takkan bertahan lama, dia akan pergi bila-bila masa dari jam ini. Kaki aku sudah tak dapat menahan aku untuk berdiri... hati aku sakit ibarat dicengkam kuat... Allah saja yg memberi kekuatan...

Aku melihat bapa menghembuskan nafasnya yg terakhir... benar-benar aku melihat dengan dua bola mataku yg bergenang... benar-benar rasa kesedihan menyergah kehatiku... benar-benar aku merasai kehilangannya.

Benar-benar aku melaluinya...

Melalui detik yg paling aku takuti sejak dari kecil.

17 ulasan:

Natra berkata...

Dapat merasakan apa yang tegezoot rasa, cuma situasi yang berbeza :( Alfatihah.....

Tanpa Nama berkata...

al fatihah. i am sorry. :(

crunchyahcock berkata...

sekurangnya aku & hang... kita ada masa dia 'pergi'... satu keluarga ada!

Butaseni@Wan Raja berkata...

wahai sahabat..
aku akan turut sama berdoa,
sedekah al-fatihah

blackpurple @ jowopinter berkata...

Salam kenal,

AlFatihah. Semoga rohnya sentiasa dipelihara dan dirahmati Allah di sana. :)

tegezoot berkata...

ibuseni- bagi yg pernah, mereka saja yg tahu...

kamarul- :)

crunchyahcock- yg ni baru aku setuju dengan ang! sekurang-kurangnya kita ada masa tu.

butaseni-kaulah sahabat yg A plus!

blackpurple- semoga! dan trima kasih sudi singgah nanti saya singgah laman awak pulak okay!

Tanpa Nama berkata...

al-fatihah untuk arwah ayah kamu. semoga dia ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

entri kamu ini buat saya rindu pada ayahanda saya. padahal baru saja 2 jam lepas saya bersalam dan cium tanganya untuk pergi kerja..

jinggo berkata...

al-fatihah....
wahai sahabat, kami turut berdoa untuk arwah...
tetapi wahai sahabat, sesungguhnya doa seorang anak adalah lebih baik....

Tanpa Nama berkata...

Imbauan yang sering menyapa, kalungkanlah ia bersama doa,
moga dia aman bersemadi di sana.

Al-fatihah buatnya.

Salam kenal dan salam balas kunjungan.

Mak Su berkata...

encik tegezoot..... bila tu kejadian tu? simpanlah pengalaman itu di kotak minda... saya plaks cuma dapat bertemu jenazah mak dan abah saja.....

pjoe berkata...

Al-Fatihah...
semoga rohnya dicucuri rahmat.

Aku juga pernah lalui situasi yang sama. Cuma.. itu arwah nenek aku. Masih aku ingat, dengan yasin di tangan.. membacanya sambil menahan air mata keluar. aku berada paling dekat dengan dia - cucu kesayangan katakan. Sudah 10 tahun berlalu dan aku masih ingat dengan wajahnya...

tegezoot berkata...

pegawaikhalwat-:)

rena- sementara diaorang masih ada hargailah dengan kasih sayang.

jinggo- betul!

indahsakura- InsyaAllah...

mak su- tahun lepas. Walau dah setahun tapi saya tetap rasa macam dia masih ada disamping saya.

nezjoe- semestinya awak faham apa yg saya cuba sampaikan.

crunchyahcock berkata...

masih x sedar lagi manusia...... terasa kehilangan sesuatu berharga bila ia tiada...... terlewat! lumrah manusia.. sokong x tergezoot?

tegezoot berkata...

crunchyahcock- gua sokong sama lu!

Bunga Rampai berkata...

Al-Fatihah.

Salam.

Iman Mawaddah berkata...

Al-fatihah. Terharu saya membacanya. Moga hubungan awak dan arwah berpanjangan kerana doa anak yang soleh InsyaAllah termakbul.

tegezoot berkata...

iman mawaddah- insyaAllah...