Sebuah cermin pusaka disudut kamarku. Dulu cantik dan baru. Dengannya kumelihat wajahku, jelas dan ceria. Dengannya kumelukis anganku, tinggi tak terhingga. Tapi, terlanjurku memecahkannya. Bukan sengaja, tapi nafsuku yg beraja. Atau sememangnya diriku tak berguna. Kini kucuba memperbaikinya. Kukutip dan kulekatkan kembali semua serpihannya, namun kesan retakan masih jua nampak. Kutukarkan bingkai baru, masih jua tak dapatku lihat wajahku menjadi ceria disebalik retakannya. Mahu kutukar cermin yg baru, cermin pusaka tak boleh ditukar ganti.
Hari ini juga hingga akhir hariku, kukan terus akan menatap wajahku didalam kesan-kesan retakan dalam cermin pusaka disudut kamarku.
17 ulasan:
Dalam... dalam....
Izinkan aku buat cerita pasai cermin ni. Hang jadi watak utama. Ok ka?
Psss.... jagalah cermin pusaka tu. Memang bila hang dah sambung lagu mana pun, kesan retaknya tetap ada.
Dan kesan tu jangan sekali-kali hang buat-buat seolah-olah tak ada. Jangan walau sekali.
Sekali ia berderai, sangat susah dah nak sambung balik.
apa ni?apa ni?hang bagi peecah cermin pusaka mak hang ka?apa ni? apa ni?ka bini hang punya ka?apa ni?
cermin pusaka, cermin diri dan cermin-cermin diri dipagi hari bersama saya di malaysia hari ini
biar kesan retakan cermin itu terus tersemat di hati....
biar kesan retakan cermin itu
terus di nampak oleh mata......
biar kesan retakan cermin itu
terus menjadi pedoman dan panduan pada diri kita untuk melangkah melintasi hari demi hari.......
biar kesan retakan cermin itu
menjadi kenangan yang akan dikenang untuk kita menerus kan hidup yang lebih baik.....
biar kesan retakan cermin itu menjadi titik mula untuk sebuah keluarga yang penuh rahmat, yang tidak bertitik akhirnya........
cermin deanna yusof ker?
ada kesan retak sebagai panduan dan juga sempadan...
Dah namanyer pun tak sengaja..nak buat camno? Perbaiki diri..
tak nak cakap apa2
cuma, welcome back
mana hang hilang?
dah habis hitung dah?
hehe
tak nak cakap apa2
cuma, welcome back
mana hang hilang?
dah habis hitung dah?
hehe
assalamu'alaikum... tue laa. jadi cam ako kan senang.... xyh cermin cuz dah tau mmg ako ensem... ehehe... baguihlaa klu hg ada kemahuan nak lekat balik cermin tue... apa2 pon selamat kembali... tiga tahun wei... hero penang... sapa nak caya... ako pon cam tak caya kita no 2... janji tahun depan ako tak lakon dah.. nak belakang tabir/ blakang penonton kat auditorium lagi cantik.. kuikuikui.. wasalam..
cermin tak pernah berbohong!
pegawaikhalwat- ang buatlah skrip, lepas tu suruh acan berlakun!
butaseni-cermin tingkap keta ang!
crunchyahcock-cermin keta ang jugak!
jinggo- tima kasih sahabat...
mak su- hahaha!
kamarul-betul! aku setuju dgn ko...
butterandbanana- thanks... sekurang2nya melegakan dgr awak cakap camtu...
nezjoe- ya! tak perlu cakap apa2, ko singgah kat sini pun dah lebih dari baik! aku tak kemana2, cuma berhenti utk hirup nafas kat permukaan jap utk meneruskan perjalanan...
dong- ya jadi cam ko kan senang! Blur memanjang...
serunai fakir- betul, cuma kita yg susah nak trima hakikat...
Oh oh .. bukan sekadar retaknya cermin itu yang ditangisi .. namun karena nilai pusakanya yang tinggi. Duh, kamu tewas dengan perasaan yang bermaharaja .. begitulah .. kadangkala manusia terlewat dari batasan. Asalkan kamu tiada apa2 sudah lah :)
Salam
:)Tidak ada yang lebih baik dari seseorang yang mengaku kesilapannya dan yang paling penting memperbaikinya....Ingatlah sahabatku, orang yang beriman tidak melakukan kesilapan yang berulang, insyaALLAH!
izariza- Segala puji bagi Allah, saya ok!
zehqtyramli- Harap tak...
Salam,
Serpihan cermin masih boleh dicantum semula. Alhamdulillah. Walau retak, cermin masih boleh digunakan. Cermin pusaka tetap saja ada nilainya dalam kehidupan. Rapikan saja agar tidak pecah lagi.
Doa saya mengiringi. Moga tabah selalu di mana jua, dalam apa keadaan pun.
bungarampai- terima kasih...
Catat Ulasan