Kali ni aku nak berpuisi pulak!
Korang baca dan kalau ada yg kurang buat bodoh jer...
Kelkatu
Kelkatu laju
terang cahaya
panas nahas
lilin nafsu
Mati Kelkatu
dibakar cahaya
panas nahas
lilin nafsu
Dulu kau mati dimulut pemangsa
tapi kini dalam cahaya lagha
Kelkatu laju
awas cahaya
sesungguhnya ia
pembakar nyawa
28 ulasan:
Kalau dah bodoh macam mana nak buat bodoh?
kelkatu bangang yg slalu buat aku bengang!!!! jom bunuh semua kelkatu laju
amirul bqt kata hang dasyat!!!!
kawasan umah aku time2 musim ujan mesti byk kelkatu.
kelkatu mengingatkan aku dengan kampung. Bila hujan dia keluar. Sebab apa ek?
Kelkatu laju
lagha dalam cahya nafsu
akhirnya tersungkur kaku
di tembok batu..
mat rempit bukan kelkatu tapi virus bangsa.malu aku nak mengaku yang diorang ni Melayu.
apa org bukan melayu ckp kat kita...bangsa yang takda masa depan.
puisi ni dalam sekali..
bestlah paranormal...cooomeelll!!
hang memang hebat...
bapak la katakan....
tapi kan dulu aku tengok kelkatu mati kat talam yang mak aku bubuh minyak....
beribu-ribu yang mati melekat kat talam tu.....
tapi hang memang bapak betoi...
bukan saja boleh besilat, boleh tangkap hantu, puisi pun boleh...
fuhh....
tak sangka aku hang memang bapak segala-galanya...
(cuma dewa saja hang tak leh lawan....)
Aku, kalau kelkatu main-main di lampu kalimantang tu, memang aku buat bodoh......
nezjoe..
bila hujan.. sarang kelkatu pecah.
sebab tu dia kluar..
(ini arwah opah saya bagitahu sewaktu saya tanyanya soalan yang sama)
pegawaikhalwat-kalau kau kata kau bodoh aku lagi la bodoh!
crunchyahcock- emosinya kau! tapi memang depa buat aku bengang dan juga simpati dalam masa yg sama.
kamarul-bukan kawasan rumah kau sorang saja aku rasa, kawasan rumah semua orang pun jadi jugak.
nezjoe-rena dah tolong jawab, thanks rena:)
indahsakura-indah-indah...
butaseni-diaorang ni jentera kerajaan tau! jangan kutuk lebih2, nak konvoi untuk parti diaorang ni la! apapun terima kasih bagi compliment:)
jinggo-jangan lebih2... aku semakin insaf dibuatnya!
blackpurple-aku kalau tengok camtu, aku nanti cari kain basah lalu aku belasah sampai habis semuanya! banzai!!!
rena-info yg baik!
Salam,
Baca. Penulisnya sahaja yang tahu makna tersirat :)
Gerun tengok kelkatu mati bertebaran di atas lantai..
bungarampai- gerun? atau simpati?
Teringat satu cerita lawak antara Kelkatu dan penjenayah Kalimuthu suatu ketika dahulu hehe
Mungkin mati kerana cahaya laser. Sangka kelkatu cahaya bisa dapat menghilangkan kematu, rupanya nyawa tertipu.
Gerun. Tiada simpati.
Salam.
Aku tak suker kelkatu. Bila ada kelkatu jer masuk rumah, anak aku pasti terjerit-jerit lari sana sini sebab geli.(by the way, anak aku tu pompuan..kor paham-paham jer lah kan!)
di auditorium p ramlee ada kelkatu tak en tegezoot?
iman mawaddah- kelkatu dengan kalimuthu? saya kurang periksa la cerita tu?
kukeng-cahaya laser? hahaha
butterandbanana- anak awak umur berapa tahun?
butaseni- kelkatu takdak tapi nyamuk banyak!
Pasal kelkatu dan Kalimuthu tu kisahnya begini..
Kalimuthu-penjenayah yang paling dikehendaki berjaya ditembak mati oleh polis. So adik dia mengamuk la. Habis semua tiang lampu dikerjakan. Siapa adik dia..itu la dia Kelkatu..
Kisah lama ni..zaman kecik2 dulu
Salam,
Kelkatu itu memang laju, saya pun kagum dengan kapasiti kelajuan kelkatu itu. Tapi, kelkatu itu mungkin terlupa teori fizik. Lalu dia tidak mahu memikirkan apakah impaknya apabila dentuman berlaku dalam kelajuan yang tinggi .. eheh .. maafkan saya, mencampuradukkan sastera dengan sains. Namun, kadangkala percantuman itu perlu juga, untuk menghasilkan benih yang lebih baik :)
iman mawaddah- ooo... baru saya ingat, lama dah kisah bentong kali tu! terima kasih:)
izariza- salam kembali. Sastera atau sains tetap punya seni yg tersendiri dan kalau digarapkan makin bertambahlah nilai estetikanya.
preengggggggg..... prrreeeeeengggg... eeeeeek! kebaboommmmmm. pak mat tempe kao mmg pegi keje naik basikal.
crunchyahcock- apa ke hal?
Tegezoot - Anak aku pompuan 2 orang, umoq 8 & 6 tahuns. By the way boleh tak aku tag kor nyer blog ni kat blog aku?
aku pun dah letak link ko kat link aku!
Catat Ulasan