Rabu, 9 Mei 2007

Soalan dari Bapa Teater Pulau Pinang.

Semalam bila sampai je di Pejabat Kebudayaan untuk praktis, aku dikejutkan oleh seorang Bapa Teater Pulau Pinang dgn 2 soalan. Soalan pertama tu aku tak nak cerita la sebab tak penting sangat! Yang aku nak cerita ni tentang soalan yg kedua yg ditanya oleh Bapa Teater Pulau Pinang kepada aku.

Soalannya berbunyi begini; "Bolehkah dua buah Produksi Teater dipentaskan dalam masa satu hari dengan menggunakan Auditorium P.Ramlee sahaja?"

Terkejut jugak aku dengar soalan tu, rupa2nya soalan yg datang ni berpunca dari Pengarah baru yg mencadangkan supaya Festival Teater Penang dijalankan satu hari dua show, dengan alasan banyak sangat kumpulan bertanding. Kononnya buat 2 show 1 hari boleh habis cepat atau dengan kata lain 'Maha Penjimat'.

Aku mula rasa loya dan meluat!

Kalau nak jimat, tak payah buat Festival!

Tujuan Festival ialah membuka peluang dan menggalakkan pergerakan teater dalam sesebuah negeri atau negara. Sepatutnya Pejabat harus rasa bersyukur dan bangga dengan sambutan yg diberikan, 15 kumpulan yg bertanding ni patut ditatang bagai minyak yg penuh bukan macam peminta sedekah. Baik tutup je Pejabat Kebudayaan kalau tak faham apa fungsi dan peranan korang dalam kerajaan juga masyarakat.

15 kumpulan yg bertanding ini bukan semuanya setanding dalam ilmu mau pengalaman, bagi yg ada kedua-dua tu okay! Tapi bagi yg baru nak berjinak-jinak?

Takut-takut 15 penyertaan yg Gah ini, sebahagian besar akan menjadi titik mula dan titik akhir bagi mereka.

10 ulasan:

crunchyahcock berkata...

katakan... " ingat pawagam ke nak tayang bebanyak show.. pawagam bleh la kalu nak main 8 show sekali pun x per!!!" anak sapa la yg BODO tu?

Natra berkata...

Kalu beceghita pasei wayang, ...memangla boleh!!!berpuluh ceghita pun boleh!!! bukan jer wayang, teater pun boleh,asalkan ceghita yang sama dipentaskan!!! Kenapele mike ni bengap sangat?ate, pementasan teater yang dulunya dikenali sebagai pekan teater sampeile bertukor menjadi festival teater ini baru diwujudkan semalam ke? Ish!! udoh-udohle!!! loye tekok teman. mike, Kalu tak tahu tanya? Minta pandangan semua orang. jangan buat keputusan melulu ikut nafsu!! asei ada kuasa jer, mulalah nak wat apa saja? Mulalah teman rasa benci & meluat pada "MEREKA" yang cakap
tak serupa bikin!! Sampai bila nak jadi macam ni? Woi!!1 yop!! mind set kena ubohla...kalu selagi kita macam ni, sampai bila-bila pun kita macam ni!
Tolonglah!!! jangan bunuh semanggat kami,citcita kami, harapan kami & impian kami...buleh?

Bunga Rampai berkata...

Salam ukhuwah :)

Saya tak pandai bersilat, boleh ke join sembang-sembang di sini?

p/s Terima kasih mengunjungi blog saya, menghargainya.

jinggo berkata...

memang tak patut............
gila apa........
jangan kata nak buat set.......
nak set lampu pon dah terok........
aku ingat tahun ni semua yang bertanding.......
belakon tanpa set lah.........
lampu pon tak yah set lah..........
memang hebat tol maha pejimat itu lebih baik tak payah buat turus....
di mana kah perginya mereka yang bertanggungjawap untuk membantu memartabatkan teater melayu....


jangan sampai layu...........

Butaseni@Wan Raja berkata...

semenjak penglibatan aku dalam teater ni,inilah keputusan yang paling tak masuk akal yang pernah aku dengar,protesssss,reformasiii!!!
kratonchic...
tolong maintain character...kejap cakap utara,kejap perok,kejap jawa.
apa ni?

Pegawai Khalwat berkata...

Tak apa, kita bagi peluang dengar penjelasan.
Nanti bila dah semua bertemu, maka...

KITA PROTES!!!

Nak kuantiti ka nak kualiti?
Tapi sabar.... itu baru cadangan.

crunchyahcock berkata...

wargh!!!! wargh!!!!wargh!!!!! wargh!!!! eeeee... makan budok!!

jinggo berkata...

cadangan yang timbul,peluang mendatang...........
penjelasan yang timbul,keputusan mendatang...........
kedegilan yang timbul,kepincangan mendatang...........
kesabaran yang timbul,kebaikan mendatang...........
kesepakatan yang timbul,kecemerlangan mendatang...........
keiklasan yang timbul,kejayaan mendatang...........

tegezoot berkata...

cruncyahcock-ed kota kata ang dahsyat.

kratonchic-memang sah ibu kesenian!

bungarampai-tak pandai bersilat? eleh, sikit punya hebat berpencak dalam blog awak tu saya tengok... orang hebat memang selalu merendahkan diri. Resam padi katakan!

jinggo- nampaknya kita sendiri la yg kena memperjuangkan nasib kita.

butaseni- tu la pasal, aku pun konfius jugak nak kategorikan kratonchic tu;)

pegawaikhalwat- kalau ikutkan hati, hai!

crunchyahcock- tak paham!

jinggo- kau memang bapak sebenar la jinggo!

jinggo berkata...

tapi kan tegezood.........
engkau lah bapak kepada semua bapak kat mesia ni............
cuma dewa saja lu tak leh lawan..........