Rabu, 19 Ogos 2009

Percaya?


Percaya atau tidak yg kelembutan itu kekuatan?

Aku bercakap pasal silat...

Aku juga bercakap pasal kenyataan...

Juga kehidupan.

Khamis, 13 Ogos 2009

Kisah Tebuan dan Lebah.

Al-kisah...

Di dalam sebuah hutan belantara yg dihuni oleh bermacam2 binatang. Tinggal sekumpulan tebuan dan sekumpulan lebah. Lebah2 memang terkenal dengan kehebatan mereka membuat sarang, jadi ini mendatangkan irihati bagi geng2 tebuan. Lalu tebuan2 ini pun mengadakan meeting brainstorming dikalangan mereka bagi memikirkan modus operandi yg terbaik untuk mereka membina sebuah sarang yg hebat mengalahkan geng lebah.

Meeting punya meeting, brainstorm punya brainstorm, mereka mendapat satu jalan. mereka akan pergi membuat lawatan ke sarang lebah bagi nak mendapat rahsia pembuatan dan tunjuk ajar dari lebah. Bila mereka sampai ke sarang lebah, mereka mendapat sambutan yg cukup baik dan seperti mana dirancang lebah2 ini mengajarkan cara2 membuat sarang kepada tebuan dari A sampai Z.

Lepas tebuan2 pulang mereka pun bergegas membina sarang. Setelah siap sarang yg dibina, tebuan2 ini terus menghebohkan cerita tentang kehebatan sarang binaan mereka ke seluruh pelusuk hutan belantara. Cerita kehebatan sarang tebuan ini tersebar hingga sampai ke pendengaran geng lebah, lalu mereka pun berhasrat untuk melihat sendiri kehebatan sarang tebuan.

Geng tebuan menyambut kedatangan geng tebuan dgn rasa bangga dan berharap mendapat pujian dari geng lebah diatas kehebatan mereka membina sebuah sarang yg hebat dalam tempoh yg singkat. Geng lebah memuji kehebatan geng tebuan berjaya membina sebuah sarang tapi...

Lebah2 ini bertanya kepada geng tebuan...

"Kalau dah ada sarang, tapi dimana madunya?"

Rabu, 5 Ogos 2009

Aiseymen!

Nampaknya NERAKA PETUALANG terpaksa ditangguh tarikh persembahannya,
ada aral yg melintang dan ada pokok tumbang yg menghalang...

InsyaAllah kami akan usahakan untuk mementaskan kembali cerita ni.

Doa-doakanlah kami berjaya.. kalau boleh turun tolong la!

Selasa, 4 Ogos 2009

Sekali lagi

Kalau takdak aral melintang...
atau pokok tumbang yg menghalang...
NERAKA PETUALANG AKAN KEMBALI
menemui anda pada 15 & 16 Ogos 2009 bertempat di tempat yg sama Auditorium Taman Budaya Pulau Pinang jam yg biasa 8.30 malam.
Kali ini pastinya akan lebih gempak!
lebih lawak!wak!wak!wak!
lebih banyak buah2an tempatan!
lebih bongkak!
lebih!
lebih!
lebih!
letih anda dibuatnya!
Yg penting semua BERHIBUR!!!