Jumaat, 20 April 2007

Sedar ke?

Kenapa?

Kenapa si istri2 boleh tahan dgn perangai suaminya yg tak Solat? atau malas Solat? Atau yg sewaktu dgnnya. Kenapa si istri boleh tahan dgn perangai buruk suami, contoh: kaki botol, kaki ekor, kaki pakau, kaki ganja, kaki maki, kaki bola dan macam2 kaki lagi! kenapa?

Dan kenapa?

Istri2 tak boleh tahan kalau suami diorg 'Kaki Pompuan'? Buatla jahat apa pun, dioarg boleh tahan. tapi kalau nak cari satu lagi... MINTA MAAF BANYAK-BANYAK! Pantang tuk nenek tujuh keturunan biar jadi padang jarak padang merbuk, eh! Tekukur pun takpa! Si istri sanggup menentang habis-habisan. NO POLIGAMY!!! Kenapa?

Senarai jawapan-jawapan Favourite:

- Oo! Nak ikut Sunnah Nabi nak kahwin lebih? Kenapa yg lain tak ikut Sunnah??

- Kalau nak jugak saya rela... Tapi,(ada tapi) lepaskan saya bang! lepaskan saya!!

- Syoru pun dok miss! ada hati nak kawin lebih! Pigi daa!!!

- Abang kena ingat! selama ni ayang yg dok support keluarga ni masa abang susah dulu!

Dan macam2 lagi jawapan yg menunjukkan betapa bencinya org pompuan pada poligami. Aku bukan la menyokong org berpoligami dan sesekali pulak tidak aku menentang poligami. Yg aku nak cerita bukan hal sapa betul sapa salah, sapa yg berhak atau tak! Cuma niat aku nak memperbetulkan Akidah kita, tak kisah la laki atau pompuan itu sendiri... Kita tak boleh benci pada Poligami.

Bukan nak berktubah atau nak cakap pandai, tapi dalam tak sedar ramai yg TAK SEDAR dgn apa yg mereka tentang selama ni adalah hukum yg datang dari Al-Quran, dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah Hak(kebenaran) yg dtg dari Allah SWT Tuhan kita dan juga Tuhan Robbul Alamin. Drama2 TV skrg pun apa kurangnya, dgn crita pergolakan rumah tangga yg nak dibawanya. Nampak ok, tapi jelas tak ada langsung PEMIKIRAN ISLAM. Ada pun tunggu bulan Ramadhan, Maulidur Rasul dan beberapa lagi bulan atau hari sambutan Islam. Filem Indon 'Berbagi suami' pun sempat jugak main peranan.

Hukum Allah jgn dibenci, kalau membenci hukum Allah sama macam kita membenci Allah! Nauzubillah! Kita ambil satu perbandingan(walaupun tak sama) Mekanik kereta disuruh repair PC, alamat lingkup la PC kita! kerja dia repair kereta bukan repair PC. Disini kita dapat lihat bahawa Allah SWT yg menciptakan kita(manusia) dan hanya Allah yg tahu cara nak menguruskannya.

Kesimpulannya, jangan mengharamkan sesuatu yg dihalalkan Allah dan menghalalkan yg haram. Hati2 takut kita tak beserta dgn golongan yg berdiri diatas 'Siratulmustaqim'.

10 ulasan:

areyoung berkata...

Ya, poligami mmg pahit bagi perempuan.

Tapi, hukum Allah mmg takleh disanggah.

Tanpa Nama berkata...

eeellllleeeehhhhh!!!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
tegezoot berkata...

Engku Dafar??

Tanpa Nama berkata...

elllehhhh nasihat konon!!!
exorcism tipu ari tu apa crita???:)

tegezoot berkata...

Exorcism tipu tu sebenarnya bukan tipu, tapi gangguan makhluk halus yg datang dari dlm bukan luar seperti yg menjadi kebiasaan mangsa2 kerasukan. Makhluk dari dlm tu aku sendiri pun tak pernah pasti apa aku nak gelarkan(diluar bidang pengalaman). Apapun memang COMEL!!!

Pegawai Khalwat berkata...

Ni anony (aku tau hang sapa), control skit bahasa dalam blog.

Sini bukan tempat berlucah-lucahan. Kat luar dengan kawan-kawan lain cerita, kat sini satu dunia tengok kita.

Sebaiknya, walau guna nick anony, letak la nickname kat bawah tu, senang orang nak merujuk.

Utk tegezoot..... hummm.... hummmm........ boleh!

tegezoot berkata...

areyoung- itulah isi pentingnya dan 20 markah untuk anda pada pusingan kali ni.

anony- aku tahu siapa kamu dan kamu sangat2 DEGIL.

pegawai khalwat- apa yg boleh tu??

jinggo berkata...

boleh apa lagi...........
boleh belah la...........
har har har har... (gelak macam dewa teater pulau pinang)

itu la hakikat....
hukum tetap hukaum bagi yang mampu sahaja.............
tapi bagi yang k--e gatai tu banyak yang amik kesempatan atas sunnah rasullullah alai hisalam....
sedangkan apa yang nabi junjungan kita buat tak di ikut nya.....
patut kah golongan ini berpoligami........????????
sekadar untuk memuaskan nafsu sahaja....
anak bini terabai.....
hidup pon bini yang tanggung.....
tipu org untuk cari duit.......
semata mata demi sekeping tanah 3 segi untuk di bajak............
isteri ada 3 cari lagi untuk cukupkan 4... anak bini yang lama di abaikan......
duit yang di tipu di gunakan untuk joli ngan a--m baru yang dah masam.......
patut kah manusia begini berpoligami...........

tegezoot berkata...

jinggo-kalau manusia jenis tu, aku setuju dgn kau! tak lepas nak dapat cop sirim.