Teater 'Gelanggang Tuk Wali' karya Ismail Kasan.
Projek terbaru aku yg bakal dipentaskan pada pertengahan bulan 11 ni... Julung2 kalinya aku nak berlapang dada juga masa utk buat pementasan macam ni(selalunya utk masuk festival saja yg aku mengarah).Walau ada lebih kurang 4 bulan lagi, tapi aku dan Team Produksi dah mula dok praktis(slow and steady). Terus terang memang tercabar jugak la!
PERTAMA semua barisan pelakun bukan dari AHLI2(Resdong's) yg biasa aku bekerja sebelum ni.. Depa2 ni aku jemput atas nama 'Perjuangan Seni' dan atas nama 'Ilmu'. Paling ketara yg dapat aku kesan semua tak kedekut dan terbuka, baik yg lama mahupun yg baru. Manakala Ahli2 Resdong's semuanya terlibat dibelakang tabir, saja nak tambah ilmu dalam aspek2 teknikal lagi.
KEDUA bab silat.. aku(pesilat cap ayam) terpaksa adakan kelas tambahan(asas silat) utk memantapkan lagi penghayatan karektor pelakun2 dan keyakinan penonton kelak ketika pementasan, lebih2 lagi pendukung watak utama, watak Tuk Wali sendiri.
HAL2 LAIN setakat ni tak dak apa kot! Nanti aku story lagi perkembangan2 terkini. Sekarang ni aku tinggalkan anda semua dengan serba-sedikit Sinopsis cerita ni...

Wak Raja Waliudin Bin Raja Agus Salam(Tuk Wali) ialah puing2 peninggalan zaman lampau dunia persilatan.
Tuk Wali meneruskan kecintaannya terhadap silat berbekal semangat zaman lampau dan sisa kekuatan yang masih menempeli jasad dan jiwanya.
Perubahan nilai dalam kehidupan moden ini membunuh sedikit demi sedikit semangat dan menghakis kekuatan yang menempel itu.
Tuk Wali dihampakan oleh situasi dan suasana sekitar yang tiba2 menjadi ganas.
Perjuangan Tuk Wali dalam gelanggang luas sudah lama selesai.
Kini, dia sebenarnya sedang berjuang dengan ganas dalam gelanggang sempit dirinya sendiri.
Perjuangan itu terlalu sengit dan kejam.
Tuk Wali tumpas ditengah pertarungan.
Dia gagal untuk melawan perasaan dalam dirinya yang selama ini mampu dikuasai dengan baik.
Tuk Wali ditumpaskan oleh kekuatan dalam dirinya sendiri.
Apakah Silat Melayu akan senasib dengan Tuk Wali?
Apakah orang Melayu masih tebal dengan prasangka buruk sesama sendiri?
Apakah rasa dendam masih merajai hati kita dan generasi seterusnya?
Apakah nilai murni ini berubah apabila berada ditempat yang berbeza?
Apakah semua merasai dalam naluri itu akan terus menghantui hingga kita lupa dan alpa kepada musuh kita yang sebenarnya?
Siapakah dia musuh sebenar dalam Gelanggang Tuk Wali?