Jumaat, 18 Mei 2007

Biodata Artis?

Masuk je kerja pagi ni aku di'tegezoot'kan dengan satu soalan dari sorang rakan.

"Nak tengok tak biodata artis?"

Biodata artis? Cam best je... jom kita baca sama-sama!


Nama: Iblis Laknatullah

Tempat: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status: Fasik Kelas Pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati yg lalai

Tempat tinggal di akhirat: Neraka Jahanam

Kawasan legarnya: Setiap tempat yg di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanannya: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri di dunia: Setiap wanita yg tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan Suaminya

Kaum kerabat: Semua golongan yg menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan: Angan-angan kosong

Tempat pertemuan: Pasar dan Pusat membeli-belah

Musuh ketat: Orang Islam yg beriman dan bertaqwa

Kegemaran: Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan

Matlamat: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke Neraka Jahanam

Kelemahan: Bila orang membaca istighfar

Lambang: Sebarang Tatu

Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan Munafik serta Syaitan dari kalangan Jin dan Manusia

Sumber: Segala harta yg diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Yang ditakuti: Orang Mukmin yg beriman dan bertaqwa kepada Allah

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari kiamat



rupa-rupanya satu salinan Biodata Iblis yg diedarkan, dibawah sekali tertulis;

Disediakan oleh Ustaz Mohd. Khalid Bin Jaafar.

16 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

Wah, panjangnya biodata.

Biodata diri bagaimana pula?

Salam pagi Jumaat yang berkat :)

Tanpa Nama berkata...

ini artis sensasi sepanjang zaman barangkali.. :)

Pegawai Khalwat berkata...

Aku dah lama dapat benda ni.
Saja tak tunjuk kat orang, takut orang tu terasa aku merujuk pada dia pulak.

pjoe berkata...

Di pagi Jumaat ni...
Insaf seketika.

Mak Su berkata...

makaseeyyyy ... mengingatkan

jinggo berkata...

eermmmmm....
info yang menarik....
tima kasih.....
pegawai khalwat tu kutuk sapa tu....?

Butaseni@Wan Raja berkata...

apa rancangan tv kegemaran?
lagu kegemaran..
saiz baju..kasut..seluar..

tegezoot berkata...

bungarampai- biodata diri? malu la pulak bila soal macam tu.

rena- Yg pastinya musuh sensasi sepanjang zaman.

pegawaikhalwat- Orang tu???

nezjoe- Kita insaf sama2...

maksu- saya pun patut ucap tima kasih kat kawan yg sampaikan salinan ni pada saya.

jinggo- aku pun kurang periksa!

butaseni- Ai! minat ke? takkan nak jadikan idola kot?

crunchyahcock berkata...

pastikan kita x ikut lah kalu bleh,
tapi pasti ada yg dah terikut skit2 nyer......

biodata tegezoot??...tegezoot aku!

Butaseni@Wan Raja berkata...

akulah raja laut..
si cillaka punya Peg Khalwat tu kutuk aku lah tu..

tegezoot berkata...

crunchyahcock- jangan nak mengada-ngada!

butaseni- mengaku akhirnya!

Tanpa Nama berkata...

dulu biodata ni pernah keluar dalam majalah sekolah aku.

Natra berkata...

Artis? Oops!! artis ker? Bukan artis, tapi BAPAK JAHANAM!!! BAPAK R&B(rosak & binasa)...jauhi. Pasti selamat!!

crunchyahcock berkata...

hang marah kat aku ka?kat aku ka hang marah? marah ka hang kat aku?

tegezoot berkata...

kamarul-kiranya lama dah la! Tima kasih bagitau!

ibuseni-mmmmmmmmboleh!!!

crunchyahcock- apa-apa je...

Tanpa Nama berkata...

artis ke?????artis jahanam yg akn msok neraka jahanam....jgn contohi artis jahanam nie....artis yg x akn mnjd idola kpd sesiape pown...