Alkisah... pada suatu hari ada seekor musang dan seekor kucing sedang lepak-lepak dibawah pokok beringin. Si Musang dan Si kucing ni selalu lepak & borak-borak kat sini. Boleh dikatakan memang tempat diaorang la! Tapi walau didalam kebahagiaan juga keselesaan ini, perasaan risau lagi khuatir selalu membelenggu perasaan mereka. Apa yg mereka khuatirkan? Sebenarnya dikawasan itu juga tinggal seekor anjing kuda yg suka mengganggu ketenteraman awam, si musang dan si kucing juga tidak terlepas dari ancaman yang lagi mengkhuatirkan ini. Mereka selalu dikejar dan pernah juga cedera parah tahap kritikal dikerjakan oleh anjing kuda tersebut. Tapi sejak kebelakangan ini bukan rupa tapi kelibat anjing kuda pun tiada, lagi bertambah khuatir dan hairanlah si musang dan si kucing dibuatnya.
Dalam keadaan termenung tu Si Musang pun bertanya pada Si kucing "Yo! kucing, kalau Anjing kuda tu datang kejar kita apa kau nak buat?"
"Kalau kau pulak, kau nak buat apa?" tanaya Si Kucing balik.
Dengan wajah Otai Si Musang pun menjawab " Kalau aku? Aku akan panjat pokok! Atau aku sembunyi dalam semak depan tu! Atau aku pura-pura mati! Aku boleh biar Anjing kejar aku dan biar dia terlanggar pokok Baobab tu! Ha! kalau dia datang perlahan-lahan aku akan buat bunyi Harimau, pasti dia lari ketakutan! kalau dia datang laju aku meniarap ke tanah dan biar dia terlajak masuk sungai! hahaha!!"
"Kau pulak nak buat apa? aku tanya dari tadi tak jawab-jawab!" tanya Si musang pada Si kucing.
"Bila Anjing kuda tu datang aku cakar mata dia, lepas tu terus lari" jawab Si Kucing dengan selamba.
Dalam keasyikan mereka berborak, tiba-tiba! Muncul Anjing kuda entah dari mana, dengan rakusnya ia memulakan serangan terhadap Si musang dan Si kucing. Malangnya Si Musang tak dapat menggunakan teknik-teknik yg dirancangnya kerana terlampau konfius dan tak sempat memilih yg mana yg sesuai, akhirnya teruk Si Musang dibelasah oleh Anjing kuda. Setelah Si Musang selesai dibelasah Anjing kuda mula mengarahkan pandangannya pada Si Kucing. Si Kucing tetap dengan imej selambanya dan sikit pun tak berganjak. Apalagi Anjing kuda itu terus menyerang Si Kucing.
Tiba-tiba!
"KIIIIIIIING!!!" suara anjing bergema keseluruh hutan.
Mata anjing dicakar oleh Si Kucing, dan Si Kucing terus lari menyelamatkan diri. Tinggallah Si Musang yg cedera dan Anjing kuda melolong kesakitan.
Sekian.
21 ulasan:
moral of the story????? jgn jadi anjing!!!!!
Banyak cakap macam pandai. Kuat dan gagah tak semestinyer menang selalu. Hidup memang kene selalu bersedia...buang sikap takut & gelabah. Hidup jangan kelam kabut.....
P/S : Anjing kuda tu macamana ruper nyer, akak tak pernah tengok daaa...
Pendirian mesti tetap...
yer..aku termotivasi...
selamat kembali ya...
anjing kuda tu separuh kuda separuh anjing ke?
Tapi musang tu berfikiran kreatif. Banyak idea.
O_o
early planning helps, ek?
GO GO CHAIYO!! la kat kucing tu!! Tabik spring satu ;)Sangat hebat moral yang kita dapat dari cerita ni...sebab itu dari dulu aku suka kucing...meowrrrrrr!!hmm anjing kuda kalau tak silap aku, macam anjing polis tu kan?
hik hik hang pun macam Rosyam Nor gak ...
Ilmu ada di mana-mana, dan saya belajar dari cerita ini. Terima kasih.
Salam :)
Aku taula.... sebab tu hangpa bole dapat no. 2 dan hang dapat hatrick PLT sebab jadi kucing.
Makan dalam.......
Pssss... musang tu panjat wayar tak?
BEst ooo bela kucing! Hehehhee
SF
Kesian musang, akhirnya terkeliru sendiri
baik en kucing,kami musang-musang semua paham en kicing.
crunchyahcock- Jangan jadi anjing, tambah2 lagi anjing suruhan.
butterandbanana- Anjing kuda tu spesis anjing yg tinggi2, bulu tak tebal, ekor tak panjang!
goro- selamat kembali!
kamarul-anjing tapi tinggi, nak tunggang pun boleh!
koromyst- banyak idea bagus tapi jgan kemabukan idea dah la!
mak su- early planning memang helping apatah lagi family planning.
zehqtyramli- engko bkn saja suka kucing tapi dah nak dekat2 jadi spesis kucing dah pun!
art-ei! apa daa Rosyam Nor???
bungarampai- awak dpt pelajaran? saya lebih lagi bila masuk ke ruangan awak..
pegawaikhalwat- cerita ni takdak kena mengena dgn yg dah mati, semua semata-mata pasai yg dok hidup lagi.
anony- memang best bela kucing! sebab kucing manja...
indahsakura- kita juga kadang2 pernah duduk dalam situasi si musang.
butaseni- apa yg kau paham en.musang buta???
tenang macam kucing tu memang best.....
ketenangan membuat akal kita berfikir apa yang nak buat......
hi hi hi hi hi hi.....
aku kurang tenang la.....
macam mana nak setenang abang tergezoot..........
boleh tolong ajaq tak.....
jinggo-buat dosa banyak2 lepas tu tobat!
aku tag hang wei
Apa mesej cerita ini ekk...
crunchyahcock-nanti senang aku jawab!
blackpurple- pengajaran? jangan bela anjing kuda kot!
Nak dengar cerita lain pulak ;)
Salam.
bungarampai- nanti saya check akaun saya, masih ada baki ke tidak..
Catat Ulasan