Rabu, 18 April 2007

Dah dekat sebulan jgk sepupu aku asyik call aku. Soalan yg sama, nak suruh aku main 'Tepak Sireh' (silat sambut pengantin) utk kenduri kahwin dia. Nak kata boleh, mmg sah aku tak boleh! belajar silat pun tak sampai kesitu. Nak cari org nak ganti pun satu hal jgk, nak cari kat mana? kalau ada pun luar dari Penang. Kenduri dia ni lain macam sikit, anak penghulu kampung katakan! siap joint venture dgn Tourism Penang. T.Y.T nak turun, pelancong pun ramai jgk.

Bila timbul hal camni mulalah timbul pulak persoalan lain dalam kepala otak yg hanya lulus SPM ni... Silat dah tak boleh di sinonimkan dgn org Melayu. Ye la! nak cari org utk main silat sambut pengantin pun susah, padahal zaman bapak-bapak kita dulu sapa-sapa pun boleh. Tolak saja ke tgh terus berpencak! Benda tu memang dah hidup dalam darah daging diaorg. Bersilat dah macam makan nasik je, kacang pagoda, ngan yin dan kacang cap tangan.

''Silat adalah Seni Bela Diri". Ungkapan yg digunakan dan anggapan org skrg lebih2 lagi org Melayu kita. Takkan setakat itu saja skop Silat dalam Budaya Melayu? Smpai ada yg takut nak belajar silat, bukan takut sakit tapi takut sesat yakni terpesong Akidah. Jadi aktiviti silat dah digantikan dengan aktiviti lain contohnya sukan la... bukan la sukan tak bagus, tapi yg mana yg datang dari kita? dari warisan kita? Kita tengok org Thailand, sukan diaorg main, muzik luar, tarian luar dan macam lagi dari luar diaorg main. Tapi cuba la korang saja-saja pi sepak org depa, kot-kot free saja makan siku'Ong Bak'. Orang kita? Buah Cowboy la jawabnya... kita ni org Amerika ka? Tolong la jgn lupa yg mana satu yg benar2 milik kita.

Silat Cekak Hanafi, Silat Cekak Malaysia, Silat Lincah, Silat Pusaka Gayong, Gayong Malaysia, Gayong Petani, Silat Abjad, Silat Sendeng dan macam lagi silat yg diajar secara besar-besaran dalam negara kita ni diklasifikasikan sebagai Seni Bela Diri setanding Karate, Taekwondo, Aikido, Judo, Kung-fu yg datang dari luar. Setanding ke? Silat Melayu bukan sekadar seni bela diri, silat Melayu adalah kehidupan Melayu itu sendiri.

Awal Silat mengenal Kawan...
Akhir Silat mengenal Tuhan...

8 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Tahniah, ni entri hang yang pertama. Tapi jangan pula lupa letak tajuk kat entri, nanti orang nak trace susah.

lagi satu, kalau hang nak ramai orang komen, kena allow anonymous utk komen. Tak buat pun takpa tapi yg ada akaun sajala bole komen.

tegezoot berkata...

baik tuan dewa!

Tanpa Nama berkata...

saya dengar tegezoot ni mmg org silat.dan tuan jugak adalah bapak seni silat pulau pinang kan?khabarnya tuan jugak adalah seekers kan?:)

Butaseni@Wan Raja berkata...

dengar kata tekezut pernah tangkap hantu kat rumah p ramlee betul ke?

tegezoot berkata...

Apa? Bapa Silat Penang? Seekers? Tangkap antu??? Rumors... rumors...

jinggo berkata...

awal silat mengenal kawan
petengahan silat mengenal diri
akhir silat mengenal tuhan
kesudahan silat diri dan iman..


salam untuk tegezoot (bapak silat pulau pinang)

tegezoot berkata...

jinggo-rupa2nya engkaulah sebenarnya bapa silat malaysia yg dicari2 selama ini.

jinggo berkata...

tapi kau lah sebapak-bapak yang sebenarnya...........