Ahad, 22 April 2007

Cinta & aku...

Mengapa tubuhku mesti bergoncang
bila kusebutkan namamu
sedangkan kau diciptakan bukanlah untukku

kupasti

tapi ku tak mahu peduli
cinta bukan mesti bersatu
biarku cumbui bayangmu
dan kusandarkan harapanku

Ini sebahagian lirik lagu nyanyian EBIET G. ADE bukan puisi ciptaan aku, tak main la nak ciplak harta org. Tajuk lagu pun aku terlupa, mungkin sebab terlalu asyik dengan bait2 lirik atau mesej yg nak diceritakan. Kisah cinta yg tak bersatu... boleh ke menyinta tapi tak memiliki?

Cinta? kadang2 rasa macam aku nak tanya saja pada semua orang yg aku jumpa, apa yg mereka paham tentang menyintai seseorang. Kalau tanya pada couple yg belum kawin dan masa tu diaorang tengah hangat la katakan, mesti jawapan mereka melampau sesangat! Sanggup la, Korban la dan bla bla bla la!

Bagi yg dah berumahtangga, apa menjadi suami yg bertanggungjawab itu cinta? menjadi isteri yg pandai masak itu cinta? hmmm??? Soalan tu pada orang dan semestinya jawapan akan berbeza2.

Apa pulak pandangan AKU tentang menyintai seseorang?

Sebenarnya aku setuju dengan lirik lagu diatas, cinta tak bersatu atau cinta yg bersatu bukan ukuran pada sebuah cinta. Kalau tak bersatu, si polan ni kawin dgn org lain atau bujang sampai tua habis cerita dan rasa cinta tu kekal hanya sekadar rasa. Kalau bersatu pulak, beranak-pinak, bercucu-bercicit dan rasa cinta tu tetap sekadar rasa sebab timbulnya tanggungjawab demi tanggungjawab sehingga manis bertukar jadi tawar dan kadang2 termasin haha!

Bagi aku, bila aku menyintai seseorang, aku mahu lihat org yg aku cintai itu beroleh BAHAGIA. Biar dgn aku atau dgn org lain, biar bersatu ataupun tidak. Biar cinta aku kepadanya menjadi sebuah doa yg mendoakan kebahagiannya. Maksudnya selagi ada rasa cinta itu dilubuk hati ini, selagi itu doa kebahagiaan akan terus ditujukan kepadanya(macam cerita Hisdustan la pulak, tapi ini suara hati aku).

Kadang2 ramai yg tak dapat membezakan rasa yg ada dihati mereka, apakah yg dirasa itu cinta atau nafsu?(untuk diri aku juga)

10 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Sesungguhnya cinta itu kompleks.

Cuma boleh dirasa oleh orang yang menncinta, bukan orang yang dicinta.

Dan tak boleh diungkap oleh kata.

ha ha ha..... bahasa... bahasa...

tegezoot berkata...

pegawai khalwat- Fuh! bila dewa sudah bersuara... terdiam aku kelu ternganga... waaaaa!!!

Butaseni@Wan Raja berkata...

ayatmu mmg membuatkan ramai teruna yang menangis,meraung di dalam toilet!!huhuhuhuhu

Natra berkata...

cinta - sayang
cinta - rindu
cinta - bersatu
cinta - benci
cinta - gatal
cinta - teringat
cinta - angau
cinta - komitmen
cinta - setia
cinta - jujur
cinta - dendam
cinta - penipu
cinta - sex
cinta - semangat
cinta - monyet.....setuju? ;)

tegezoot berkata...

butaseni-itu baru ayat aku belum lagi ayat pensyarah seni dan fesyen.

zt-fuh! bnyaknya pengertiannya! saya setuju! tapi yg terbaik sekali ialah cinta yg diredhai Allah swt.

Natra berkata...

:)

jinggo berkata...

ha itu la h dia ayat dari ibu kesenian pulau pinang...........

har har har.....
(gelak macam dewa teater pulau pinang) sambil goyangkan bahu......

Bunga Rampai berkata...

Menariknya nukilan ini - kalam hati :)

Salam.

Bunga Rampai berkata...

Salam,

Saya suka sekali pada kata-kata dalam perenggan ini: "Bagi saya ..."

Tanpa izin terlebih dahulu, saya dah pautkan kedalam entri terkini saya Mengukir Kata.

Aduh, sekarang baru nak minta izin...boleh? (kalau tak, saya padam)

Tanpa Nama berkata...

tetapi sesungguhnya melakar itu amat mudah sekali.. tetapi apabila anda mengalaminya sendiri dan bertapa sukarnya untuk memadankan kerinduan.. sakitnya melata.. namun tetap juga mendoakan orang yang kita cintai itu berbahgia.. kerana dengan kita dia tidak bahgia.. andai dia bahgia dengan kita dia akan tetap kekal dengan kita.. bukan bersatu atau tidak.. tetapi kekukuhan perasaan itu, keikhlasan perasaan itu sendiri kejujuran.. bukan hanya pura2 jujur.. banyak orang sangat mudah melakarkan kata2.. tetapi bagi yang mengalaminya ianya satu seksa yang sangat berpanjangan namun tetap akur dengan ketentuan.. apalagi melihat orang yg kita cinta itu berpimpin tangan dan bermesra dengan orang lain padahal kita juga boleh mencari yg lain tetapi hati terlalu degil dan pegal dan kita sendiri yang mematahkan hati sendiri.. melukakan hati sendiri bahkan kita sendirlah yang mematikan hati kita.. padahal ruang itu masih luas terbuka untuk kita.. mengapa masih mengharap pada orang yang tidak sudi.. cinta amat sukar untuk kita tafsirkan..