Sabtu, 1 Disember 2007

Bagaimana?

Bagaimana caranya untuk mengatur langkah tanpa tersadung kaki sesiapa?

Bagaimana untuk bertutur agar sedap didengar semua?

Bagaimana cara meluahkan pendapat yg boleh diterima pakai?

Bagaimana berbudi pada tempatnya?

Bagaimana memuji jika ada keperluannya?

Bagaimana menasihati dan diketahui keikhlasan kita?

Bagaimana hadir untuk disuka?

Bagaimana menumpang dalam dipelawa?

Bagaimana membeza antara suka dan paksa?

Bagaimana berdiri tanpa menghalang sesiapa?

Bagaimana duduk yg mendatangkan selesa?

Bagaimana memikul dan mendapat percaya?

Bagaimana beroleh kebaikan tanpa iri yg mengundang keburukan?

Bagaimana untuk setia tanpa dibayangi noda?

Bagaimana agar aku telus dan lutsinar?

Bagaimana untuk memuaskan diri dan semua sekaligus?

Bagaimana tersirat boleh dijadikan mudah seperti yg tersurat?


Batin kekanan zahir terkekiri
Kerap ketemu sebelum mati
tersalah baris huruf dipatri
pincanglah bunyi lainlah erti.

14 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

Salam,

Banyaknya soalan.
Bagaimana menjawabnya?

Maksudnya dalam. Mengundang fikir. Renung dengan mata hati. Memerlukan kupasan.

Pantun itu menunjukkan betapa sukar memberi jawapan tepat. Kita hanya manusia biasa.

Oh, kerdilnya diri ini!

Tanpa Nama berkata...

Ilham tak mai sbb tak pancing tu ...

Mak Su berkata...

tak dapat jawab, pagi2 ni saya blur (http://jamilahyangayu.blogspot.com/)

m i n e r a l . . . berkata...

akal diatas nafsu dibawah
kerap tersalah panduan ikutan
hadirnya mimpi seperti bersalah
bermunajat hanya kepada tuhan

blackpurple @ jowopinter berkata...

Bagaimana ya?

Itulah. Selagi kita bernama manusia, persoalan itu tetap akan ada. Mungkin akan terjawap, mungkin tidak.

Butaseni@Wan Raja berkata...

sesungguhnya kamu sangat hebat untuk merungkai dan bertindak atas segala persoalanmu.apa segi sekalipun kamu memang mega hebat :D

suriani berkata...

Begitu banyaknya bagaimana...
bagaimana mencari jawabannyer?

Tanpa Nama berkata...

agak sukar untuk melunasken kesemuanya tanpa sedikit kepincangan..

cukuplah sekadar semua yang dilakukan itu diiringi dengan keikhlasan dan kesediaan untuk menerima segala teguran andai ianya pincang

jinggo berkata...

tepuk dada tanya selera....
pegang kepala tanya akal.....
biar selera berkata..........
biar akal berfikir......

Pegawai Khalwat berkata...

Tu jiwa kacau la tu!

Keluarga kera?

tegezoot berkata...

bunga rampai-anda sungguh memahami.

seruani faqir- pancing apa?

mak su- saya pun pagi2 selalu blur.

mineral- itulah dia!

blackpurple- selagi hidup masih kembara, selagi nafas terisi didada.

butaseni- tu mula la tu! Bida'ah!!!

umi ameer- jawab satu persatu.

rena- saya suka itu, keikhlasan!

jinggo- sungguh tepat dan kena sekali madah tuan hamba!

pegawai khalwat- Keluarga kera? tak paham.

- G O R O - berkata...

Salam bro,

Ya bagaimana aku harus menjawapnya? sedangkan aku masih mencari dan tercari-cari?..

bintang hati berkata...

itu lah MANIS nya kehidupan di dunia ini...

adakalnya kita memberi..adakalanya nanti kita akan menerima..

namun..hati2 dengan apa yang kita berikan, takut nanti kita akan terima "benda" yang sama...

emmm...SALAM KENAL...

tegezoot berkata...

goro-sama2lah kita mencari..

bintang hati-Salam kenal. Yg MANIS mmg ada tapi jgn terlupa pada yg PAHIT dan perasa2 yg lain, sebab semua tu pakej dalam sebuah kehidupan.