Khamis, 13 Ogos 2009

Kisah Tebuan dan Lebah.

Al-kisah...

Di dalam sebuah hutan belantara yg dihuni oleh bermacam2 binatang. Tinggal sekumpulan tebuan dan sekumpulan lebah. Lebah2 memang terkenal dengan kehebatan mereka membuat sarang, jadi ini mendatangkan irihati bagi geng2 tebuan. Lalu tebuan2 ini pun mengadakan meeting brainstorming dikalangan mereka bagi memikirkan modus operandi yg terbaik untuk mereka membina sebuah sarang yg hebat mengalahkan geng lebah.

Meeting punya meeting, brainstorm punya brainstorm, mereka mendapat satu jalan. mereka akan pergi membuat lawatan ke sarang lebah bagi nak mendapat rahsia pembuatan dan tunjuk ajar dari lebah. Bila mereka sampai ke sarang lebah, mereka mendapat sambutan yg cukup baik dan seperti mana dirancang lebah2 ini mengajarkan cara2 membuat sarang kepada tebuan dari A sampai Z.

Lepas tebuan2 pulang mereka pun bergegas membina sarang. Setelah siap sarang yg dibina, tebuan2 ini terus menghebohkan cerita tentang kehebatan sarang binaan mereka ke seluruh pelusuk hutan belantara. Cerita kehebatan sarang tebuan ini tersebar hingga sampai ke pendengaran geng lebah, lalu mereka pun berhasrat untuk melihat sendiri kehebatan sarang tebuan.

Geng tebuan menyambut kedatangan geng tebuan dgn rasa bangga dan berharap mendapat pujian dari geng lebah diatas kehebatan mereka membina sebuah sarang yg hebat dalam tempoh yg singkat. Geng lebah memuji kehebatan geng tebuan berjaya membina sebuah sarang tapi...

Lebah2 ini bertanya kepada geng tebuan...

"Kalau dah ada sarang, tapi dimana madunya?"

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MADU TELAH DICURI OLEH MANUSIA YG BERNAMA 'LANUN' UTK DIJUAL DI LORONG KULIT....


WAK

Tanpa Nama berkata...

Ilmu ada, petua tiada...
Mencari di dalam yang di dalam, ini pekerjaan main-main ini.

Deana Amane berkata...

hahaha...lawak,lawak,lawak

lupa diri punye tebuan!

PuTeRi CaHaYa berkata...

hurm... keterujaan yg melampau...

tegezoot berkata...

wak- subteks wak, subteks.

serunai faqir- banyak spesis mcm ni sekarang ni.

miss amane- lu buat gua leleh la!

puteri cahaya- keterujaan atau kekalutan?

Tanpa Nama berkata...

BRAINSTORMING TU MENATANG APAPUN APA PUN AKU TAKTAU....

MADU DIHASILKAN DARI PERUT YG ADA POOLEN DAN PERUT TEBUAN MANA ADA POOLEN,POOLEN TU APA?...PANJANG CRITA...

YG AKU TAU BANGUN JA TIDOQ AKU TAK PENAH MISS 2 SUDU KECIK MADU AYAQ SUAM N ISAP ROKOK SAMPAI BERAK...

-teori/praktikal harus,tapi PENTINGNYA anugerah semulajadi yg diberikan Al-Wahhab kepada umat Junjungan Besar kita SAW....(bakat semualajadi bro,told u b4....)

Tanpa Nama berkata...

alamak...lupa lagi la...ulasan yg ke-6 namanya WAK

abu musarrif bin abu bakar berkata...

abng li,apa signifikasi cita ni?ada kritik sapa2 ka?eheheeh

PuTeRi CaHaYa berkata...

To Wak
ader emel tak?apa kata terbit ulasan tu under emel, so lps ni x yah nk ulang terang sapa gerangan..yer dak?

suurryy memandai...

tegezoot berkata...

wak- rasanya ang tak dapat lagi moral cerita ni... nak dekat dah, tapi tak kena.

Abu- Entah la! ada kot.. hehehe

puteri cahaya- wak patut ada blog.

abu musarrif bin abu bakar berkata...

abng wak ad sebab sniri yang x bnarkan dia ad blog..(saya taw wak) hehe

Natra berkata...

Kita ni selalunya pantang tengok kelebihan orang lain. Mesti nak lebih gah. Jadi bila tak tau dia buat2 la tanya..."PIRASHAT" la katakan. Bila dah dapat kata dia hebat...dia punya!! Hampeh...tapi yang sebenaqnya habuq pun tak da...bodoh sombong!

tegezoot berkata...

abu- ang memang tau segalanya.

zeqhty- lama tak dgr crita?