Saja aku nak berkongsi,
Cerita Silat Pulut.. Apa pandangan masyarakat Melayu generasi baru la ni bila kita sebut tentang Silat Pulut? Macam2 ada... Aku bercakap dari pengalaman aku mula dari pada mula mengenal dalam keliru hingga sekarang yg punya sedikit kefahaman, sikit saja tak banyak pun..
Kalam standard yg pasti keluar dari mulut depa, Silat Pulut silat tari saja.. silat permainan.. silat lembik.. bukan silat utk gaduh.. silat pengantin.. dan macam2 lagi yg seakan2 berbunyi mengatakan yg Silat Pulut ni tak boleh pakai. Betui ka tak boleh pakai?
Setahu aku yg masih daif lagi mungkin salah ni, Silat Pulut punya Identitinya sendiri dan kerana Identitinya inilah ia selalu disalah erti terutama oleh masyarakat sekarang yg sudah tak ambil peduli dengan perkara2 tersirat. Semua nak terus disuap. Kalaulah kita berpeluang menyaksikan permainan Silat Pulut, tanpa penerangan yg jelas pasti mengundang kekeliruan dan menjadi adat orang sekarang bila keliru terus malas nak mengenal, bila dah malas nak mengenal akhirnya mula membenci. Malang sungguh bagi mereka yg membenci sesuatu aset yg cukup tak ternilai tanpa terlebih dahulu cuba utk memahami. Ini pendapat aku tak semestinya betul.
Aku pernah belajar beberapa Seni Bela Diri yg lain, semua hebat semua mantap! Tapi kehebatan dan kemantapan itu mudah dikesan, tambah lagi dgn Demo2 dari persatuan2 silat. Berbeza dgn Silat Pulut yg membawa kehebatan didalam falsafah kaedah tari dan tapaknya. Aku bukan nak kata yg Silat ni bagus Silat tu tak! bukan! Aku nak katakan yg orang kita sekarang ni suka cakap dan suka benci sesuatu yg depa belum kenal. Kehebatan sesuatu Silat itu terletak pada kemahiran Individu tu sendiri, macam kereta la! Tak guna kalau punya kereta yg hebat tapi tak punya skill dan keberanian utk memandu dgn baik, sama la jugak dgn silat.. tak guna punya Ilmu jika tak mahir menggunakannya.
Pernah aku dengar satu pendapat, Gendang dan Silat tak boleh dipisahkan. Dari pendapat ni datang protes dari segelintir org kita yg kata benda ni mengarut. Bagi aku, biarlah Gendang, Serunai dan Gong jgn dipisahkan, untuk generasi depan kenal mata intan mana kaca, mana timur mana barat, mana asal mana bukan.
Ni kata Guru2 lama la... Gendang Silat memang tak boleh dipisahkan. Ia dirakam dan didengarkan/pasang dalam kepala pesilat itu ketika berlakunya pertempuran. Membawa kepada hidupnya gerak dan tapak, kerana selagi gerak dan tapak hidup selagi itu susah utk musuh menumpaskan kita. Inilah rasanya maksud sebenarnya Gendang dan Silat tak boleh dipisahkan. Tersiratkan? Ia akan jadi tersurat kalau kita mahir menggunakan.
Saja aku nak berkongsi...
13 ulasan:
Kalaulah ramai yang berfahaman spt sdr, tentu org akan menghargai bahawa seni silat Melayu itu adalah indah dan tinggi sekali nilainya.
bagi saya, tak kira apa silatpun, asasnya sama, bela diri, bela maruah, bela keluarga. mungkin teknik silat puluh sudah dilembutkan sikit utk tujuan meraikan pasangan pengantin baru, namun jika diacah-acah, ia juga boleh digunakan ke tahap yang lebih.
serunai faqir- Harap kita akan berjuang agar org Melayu bangga jadi Melayu.
Mak su- betul tu!
sapa yang tak reti nak menghargai aset ni? habaq sat, meh nak tunjai pala depa he he
hang teruskan usaha naaaa....
InsyaAllah, orang Melayu sejati akan memahami maksud sdr ini....
herm...tari pulut, kalau faham tari,mmg best giler... stiap gerak blh mkn lawan... walau pun lembut... tp, mantap beb!!
kalau ader yg perlekeh..bior lantak ke dier..
Ting!!
Salam
(",)
pulut kuning dengan pulut kacau sama tak......
artisticklytouch- ada la depa2 tu.. ang pun teruskan perjuangan!
khalid al-walid- InsyaAllah harap2 begitulah.
puteri cahya- lantok diorang! kan2?
jinggo- sama sebab dua2 pulut jugak! hahaha
Perkara yang paling menjadi masalah di dalam seni bela diri ni, tak kiralah silat, kung fu, kuntau, karate, kalari payat atau apa saja, ialah sifat taksub yang diterapkan oleh sesetengah perguruan tu.
Sifat inilah yang mencetuskan egonya yang tersendiri. Di negara kita suatu masa dahulu, Bruce Lee sangat dikagumi, hingga di jalanan pun ada sesetengah orang bergaduh ala Bruce Lee. Kemudian mungkin atas rasa tak puas hati, timbullah desas-desus Dicky Zulkarnain telah menewaskan Bruce Lee dalam pertarungan rahsia.
Masalahnya sifat ego dan menunjuk ini menular di dalam orang kita pula.
Pssss... tangan hang tangan scultor, pasai tu silat pulut senang saja hang makan.
silat pulut boleh makan ka abg li?hihihihi jngn marah....
:)
silat,
silatulrahmi,
salatus salikin,
silatulrahim, silatulrahmi,
ma'lahu, malayu, melayu,
jawapan ada di tangan,...
pegawai khalwat- Betul apa ang kata tuh! bukan saja ego tapi demi kepentingan pun depa sanggup adakan cerita2 yg boleh menarik minat org utk menjadi pengikut. Macam aku kata, kehebatan sesuatu ilmu itu bergantung kepada kemahiran individu itu sendiri.
Mana ada senang! bercerau peluh jugak bang...
abu musarrif- makan jadi ilmu yg berguna.
zulrahman- jawapan ada ditangan kita.
hi paranormal,
caring is sharing, kita kongsi.
friends,
friends are like family,
"we are family"
come visit us at:
http://universalsquadpoweredbyhots.blogspot.com
see you there!
Catat Ulasan