Jumaat, 1 Jun 2007

Aku bukak akaun bank!

Aku seluk saku sedekah kedalam tabung Masjid. Jawatankuasa masukkan dalam akaun Masjid yg pastinya untuk kegunaan Masjid. Kegunaan Masjid seperti penyenggelaraan dan program-program. Program seperti program wajib tahunan seperti gotong-royong buat bubur Asyura dll katanya. Tapi untuk program-program itu tabung lain pula dihulurkan. Untuk simpanan Masjid alasannya. Untuk ustaz-ustaz jemputan yg datang mengajar alasannya. Tapi tabung lain pula dihulurkan. Masih juga Sembahyang Waktu makmumnya satu saf saja. Tapi tiap Jumaat tabung lain pula dihulurkan. Untuk membantu org-org yg kurang mampu dalam mukim katanya. Tapi untuk menjayakan tabung lain pula dihulurkan. Untuk besarkan Masjid sebab bila Hari Raya makmum penuh kadang-kadang kena buat Sembahyang sunat 2 kali. Tapi bantuan dipohon pada kerajaan dan tabung lain juga dihulurkan. Untuk hal itu untuk hal ini. Tapi masih tabung lain dihulurkan. Kemana sedekah aku perginya? Ooo... dalam Akaun Bank Simpanan Masjid.

21 ulasan:

Mimiamilia berkata...

Bila tangan kanan memberi..kalau boleh, jgn sampai tgn kiri tahu

;)

Butaseni@Wan Raja berkata...

depa simpan untuk buat apa?
rasa-rasa boleh satle semua jemaah ke haji tak?
kalau mcm tu aku pun nak jemaah kat situlah?
masjid mana? t.b ka?

Pegawai Khalwat berkata...

Itu namanya pengurusan kewangan masjid. Hang kena paham.

Kalau tak paham pun buat-buat paham.

Yang penting, syer akhirat hang dah bertambah.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kekadang itu juga yang menghairankan aku. Setiap jumaat 'kotak beroda' itu tak kurang isinya, takkan tak cukup untuk membaiki tandas masjid yang rosak!

Bukan nak mengata, tapi menegur itu kewajipan juga kan... :)

tegezoot berkata...

mimi amilia- dah cuba taknak bagitahu tapi tertahu jugak! hehe

butaseni- masjid ni rekaan semata-mata, takdak kena mengena dengan yg hidup atau pun yg mati.

pegawaikhalwat-bab pahala tu kerja Allah, tapi bab pengurusan yg buat otak aku ni gatal-gatal!

blackpurple- Itulah dia!

Natra berkata...

Kata pun salah, tak kata pun salah...buat pun salah, tak buat pun salah. Yang penting kat sini, kita ni kena beringat-ingat, baik buruk niat Allah Maha mengetahui dan tetap DIA izinkan. Kalau niat tu betul, besar ganjarannya, kalau serong niat..antara cepat dengan lambat untuk Allah membalasnya...jadi jaga-jaga!!

tegezoot berkata...

Hmmm... eh eh!

Izariza berkata...

Akaun akhirat to bro .. yang penting pemberian kau itu dengan penuh ikhlas :)

- G O R O - berkata...

Kita memberi untuk rumah Allah, Laksanakan tanpa was2.. Kerana bila ada perasaan was2 itu, syaitan mudah menggoda kita

jinggo berkata...

entah la labu......

Mak Su berkata...

jangan sampai putus asa nak bersedekah... nanti pandai pandai depa ler mengaudit

pjoe berkata...

tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
terus lagu itu berkumandang dalam anak telinga aku.

Bunga Rampai berkata...

Salam,

Oh, BSM rupanya. Alhamdulillah.

Tabung kat masjid tempat tinggal saya ni entah dah berapa kali dikopak oleh entah siapa-siapa...bayangkan.

p/s saya ada tinggalkan pesanan dalam kotak komen entri anda Aku & Cinta.

Bunga Rampai berkata...

Ooopss maaf, salah sebut :(

Entri anda Cinta & aku :)

m i n e r a l . . . berkata...

byk tabung masjid nie, ermm sure cantik rekabentuk tabung yg pelbagai tu...sesuai dgn note-note yg cantik di masukkan kedalamnya :)

Iman Mawaddah berkata...

Itu sebabnya AJK yang bertanggungjawab kena amanah. Aliran keluar masuk duit kena telus supaya tiada keraguan di kalangan penderma.

Petiais berkata...

masuk masjid ..koman2 dua kupang pun jadi buat byr pakai air ambik wuduk..hehe

k o r o m y s t berkata...

Hmm kira banyak gak tabungnya.
Dekat bahagian lelaki ada satu.
Kat bahagian perempuan ada satu.

Belum masuk yang tabung tambahan tu.

jinggo berkata...

sendiri mau ingat la.............

artisticklytouch berkata...

setengah masjid ada papan white board kutipan harian masjid...cuba kau tengok, sedih..kurang sangat..

tegezoot berkata...

izariza-ya betul ikhlas! tapi sayangnya sumbangan ikhlas yg mengharap keredhaan Ilahi ini tak digunakan dengan sewajarnya. Kalau kena caranya, keikhlasan ini bukan hanya beroleh satu pahala kerana menyumbang malah pahala yg lain kerana sumbangan itu dimanfaatkan :)

goro- kalau kita nampak sesuatu yg tidak kena dgn Al-Quran mahupun Sunnah kita wajib menegur walau ia didalam masjid sekalipun :)

jinggo-entahlah jugak...

maksu-Insyaalah tak! Lagipun bila mati nanti kita akan disoal tentang kemana kita guna harta kita atas dunia ni!

nezjoe-betul! tapi kenapa aku tak dengar pun lagu tu berkumandang? kau bukak frekuensi mana tu?

bungarampai-Mat gian punya kerja la tu!
Dan terima kasih dari saya dan saya sungguh terharu... hu hu

mineral-sempat pulak ko belek2 design tabung yek?

iman mawaddah- nampaknya awak faham isi kandungannya!

petiais- betul! zaman maju katakan, semuanya duit!

koromyst-banyak tabung aku tak kisah, mudah utk org nak sedekah! tapi tak telus yg tak lulus tu!

jinggo-aku pun ingat la ni...

art- ye la, tak semua masjid macam yg aku cerita ni... eh silap! tak semua ajk masjid macam yg aku cerita ni!