Jumaat, 2009 November 06

Sebenarnya.

Di saat semua manusia berlumba mengejar keHIDUPan...

Hakikatnya.

Semua manusia berlumba ke arah keMATIan.

Selasa, 2009 November 03

Aku tak tahu.

Aku akan berhijrah.

Setakat itu saja yg aku tahu tentang masa depan...

Itupun belum pasti.

Isnin, 2009 Oktober 12

Melayu Baru.

Jika Melayu Baru tak mahu ambil kisah,
Melayu lama sangat kisah

Jika Melayu baru membenci,
Melayu Lama tetap terus mengasihi

Jika Melayu Baru banyak melupakan,
Melayu Lama akan selalu mengingatkan

Jika Melayu Baru mencemuh & mencaci
Melayu Lama menyanjung & memuji

Melayu Baru terus, terus & terus...
Melayu Lama akan tetap, tetap & tetap...

Tapi Melayu Baru perlu ingat...
Jangan terlalu jauh...
Takut-takut Melayu Baru akan hilang kelayakan

Kelayakan untuk bergelar "Melayu".

Selasa, 2009 Oktober 06

Melayu Lama.

Aku pernah berpendapat...
Kalau berhujah atau berdebat bukan utk mencari kebenaran sebaliknya hanya utk menang,
bagi aku hanya buang masa.

Tapi Melayu Lama menegur aku...
Kalah atau menang bukan ukuran,
sebaliknya sabar menerima itu jauh lebih baik.
Sebagai pedoman yg menjanjikan kemenangan berpanjangan.

Selasa, 2009 September 29

Dari sudut aku & dia.

Dulu... pernah seorang berkata,
"Orang Teater adalah golongan yg syok sendiri paling wahid"

Masa tu aku cukup melambung marah dengar kenyataan macam tu.

Itu dulu, tapi sekarang...
Aku semakin setuju dengan orang tu.