Isnin, 12 Oktober 2009

Melayu Baru.

Jika Melayu Baru tak mahu ambil kisah,
Melayu lama sangat kisah

Jika Melayu baru membenci,
Melayu Lama tetap terus mengasihi

Jika Melayu Baru banyak melupakan,
Melayu Lama akan selalu mengingatkan

Jika Melayu Baru mencemuh & mencaci
Melayu Lama menyanjung & memuji

Melayu Baru terus, terus & terus...
Melayu Lama akan tetap, tetap & tetap...

Tapi Melayu Baru perlu ingat...
Jangan terlalu jauh...
Takut-takut Melayu Baru akan hilang kelayakan

Kelayakan untuk bergelar "Melayu".

Selasa, 6 Oktober 2009

Melayu Lama.

Aku pernah berpendapat...
Kalau berhujah atau berdebat bukan utk mencari kebenaran sebaliknya hanya utk menang,
bagi aku hanya buang masa.

Tapi Melayu Lama menegur aku...
Kalah atau menang bukan ukuran,
sebaliknya sabar menerima itu jauh lebih baik.
Sebagai pedoman yg menjanjikan kemenangan berpanjangan.