Khamis, 4 Disember 2008

Sudah terbiasa

Dua org sahabat sedang naik motor balik dari kerja. Sorang nama A sorang nama B. Si A jadi pembonceng manakala si B jadi penunggang. Sampai di satu selekoh ada Roadblock, kemudian mereka pun ditahan oleh salah seorang pegawai Polis yg bertugas.

Polis: Minta tengok Lesen!

B: Ok!(sambil mengeluarkan lesen dari dompet)

Polis: Roadtax?

B: Ok!(sambil membuka seat motor dan kemudian membuka tutup minyak)

Polis: Kenapa awak buka tutup minyak ni?

B: Alamak! sori encik, saya dah terbiasa bila buka seat tangan mesti automatik buka tutup minyak!

Polis: Kau ingat aku Bangla kedai minyak ka?

B: Tak! mana ada Encik!

A:(hanya tersengih)