Khamis, 21 Ogos 2008

Fatrah

Fatrah ke arah Sunnah pasti lurus

Fatrah ke arah Bida'ah pasti sesat

Tepuk dada, bukan untuk tanya selera

Tapi tanya ke mana arahnya Fatrah kita?

Isnin, 18 Ogos 2008

Gelanggang Tuk Wali-In The Making 0.1

Fuh!!!

Penat!

Tapi puas dan memang lepas gian!

Semalam kami dah mula masuk gerak silat dalam latihan.

Li Bomba, Shuk & aku berentap.

Abg Hamid(Tuk Wali) berentap parang panjang dgn Kulo(Siak).

Sarah(Mak Umi) mutu lakunan dia dok mai dah!

Pak Anjang(Imam) maintain.

Yg lain2 kena kerja lebih lagi...

Apapun menyatukan yg baru dan yg lama memang satu pengalaman yg luarbiasa dan diharap keluarbiasaan ini dapat aku kekalkan utk dibawa kepentas kelak.

Khamis, 14 Ogos 2008

Dari lipatan wahyu

Jalut, Thalut, Tabut dan Daud

Hebatnya sebuah kisah yg dirakam

Tapi...

Berapa banyak yg tahu untuk menceritakan

Betapa RELEVENnya buat kita diakhir zaman.

Isnin, 11 Ogos 2008

Niat

Sebelum ni aku ada berniat nak SLOW berTEATER...

Terus aku diterjah dengan keFASTesan projek2 TEATER yg baru.

Aku salah lafaz niat ke?

SLOW ke FAST?

FAST ke SLOW?

Atau lafaz SLOW niat FAST?

Yg nyata tempat niat dihati bukan dilidah

Dan yg paling nyata niat aku hanya Allah yg tahu.